Malaysia legislation

Section 75

of *AKTA BANK NEGARA MALAYSIA 2009

Seksyen 75

Bank, jika ia selaras dengan matlamatnya, fungsinya dan peruntukan lain dalam Akta ini, boleh —

(a)

membuat kontrak;

(b)

memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih atau harta tak alih dan boleh memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, memajakkan, menyewakan, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa

Bank Negara Malaysia 75

kepentingan yang terletak hak pada Bank atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Bank;

(c)

membeli, menjual, membeli semula, memberi pinjaman atau meminjam mata wang, sekuriti, emas, logam berharga lain atau komoditi lain atau membuat terbitan;

(d)

membuat pertukaran mata wang, sekuriti, emas, logam berharga lain atau komoditi lain atau instrumen kewangan yang disebut dalam perenggan (c) bagi mata wang lain, sekuriti, emas, logam berharga lain atau komoditi lain atau instrumen kewangan;

(e)

membeli, menjual, mendiskaun dan mendiskaun semula bil pertukaran, bil Perbendaharaan atau nota janji hutang yang dikeluarkan di dalam atau di luar Malaysia dan matang dalam tempoh satu tahun dari tarikh pemerolehan atau apa-apa tempoh lain sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri;

(f)

membeli, menjual atau membeli semula apa-apa sijil deposit yang dikeluarkan oleh mana-mana institusi kewangan;

(g)

bertindak sebagai ejen, koresponden atau jurubank bagi, atau membuka dan menyenggara akaun bagi, atau menerima deposit emas, logam berharga lain atau wang dalam apa-apa mata wang daripada, mana-mana bank pusat, pihak berkuasa kewangan, institusi kewangan antarabangsa, pihak berkuasa kewangan antarabangsa atau institusi kewangan lain di luar Malaysia;

(h)

membuka akaun bagi, atau menerima deposit emas, logam berharga lain atau wang dalam apa-apa mata wang daripada —

(i)

Kerajaan, mana-mana Kerajaan Negeri, pihak berkuasa awam atau institusi kewangan; atau 76 Undang-Undang Malaysia AKTA 701

(ii)

mana-mana orang lain di Malaysia dengan kelulusan Menteri terlebih dahulu;

(i)

membuka dan menyenggara akaun, mendeposit emas, logam berharga lain atau wang dalam apa-apa mata wang dengan mana-mana institusi kewangan di dalam atau di luar Malaysia, bank pusat, pihak berkuasa kewangan, institusi kewangan antarabangsa atau pihak berkuasa monetari antarabangsa;

(j)

mengaku janji bagi pihak pelanggan dan koresponden pembelian, penjualan, pengutipan dan pembayaran sekuriti, mata wang dan instrumen kredit di dalam dan di luar Malaysia, dan pembelian atau penjualan emas dan logam berharga lain;

(k)

menerima daripada pelanggan sekuriti dan artikel berharga lain bagi jagaan;

(l)

menerima aset, termasuk buku catatan mengenai sekuriti, sebagai cagaran;

(m)

meminjam wang, mengambil kredit dan memberi jaminan dan tanggung rugi dalam apa-apa mata wang, di dalam atau di luar Malaysia;

(n)

mengeluarkan draf tuntutan dan jenis lain kiriman bayaran yang boleh dibayar di pejabatnya dan cawangannya sendiri atau di pejabat ejen atau koresponden;

(o)

melabur dalam sekuriti bagi pihak kakitangan dan kumpulan wang pencen dan dana dalaman lain Bank; dan

(p)

melakukan secara amnya segala benda yang biasanya dibuat oleh jurubank.

Bank Negara Malaysia 77

Perniagaan yang tidak boleh diurusniagakan oleh Bank

Section 75 — CENTRAL BANK OF MALAYSIA ACT 2009 | mylaw.my