Malaysia legislation
Section 77
Seksyen 77
(a)
transaksi antara pemastautin, bukan pemastautin atau pemastautin dengan bukan pemastautin, dalam ringgit atau mata wang asing, atau yang melibatkan emas, logam berharga lain, sekuriti atau instrumen kewangan lain termasuk terbitan; atau
(b)
penerimaan, serahan atau penahanan mata wang asing, emas atau logam berharga lain:
Dengan syarat mana-mana arahan yang diberikan atau kehendak yang dikenakan tidak akan menjejaskan penguatkuasaan pihak atas hak mereka di bawah perjanjian kewangan yang layak.
(2)
Bagi maksud seksyen ini —
“bukan pemastautin” ertinya—
(a)
mana-mana orang selain seorang pemastautin;
(b)
suatu cawangan, subsidiari, pejabat serantau, pejabat jualan atau pejabat perwakilan syarikat pemastautin di luar negara;
(c)
Kedutaan, Konsulat, Pesuruhjaya Tinggi, organisasi supranasional atau antarabangsa;
(d)
seorang warganegara Malaysia yang telah mendapat status pemastautin tetap di suatu negara atau wilayah di luar
Malaysia dan sedang menetap di luar Malaysia; atau
Bank Negara Malaysia 79
(e)
mana-mana orang lain yang boleh ditentukan oleh Bank sebagai seorang bukan pemastautin;
“mata wang asing” hendaklah mempunyai erti seperti dalam subseksyen 2(1) dan sebagai tambahan termasuklah apa-apa dokumen daripada jenis yang dimaksudkan untuk membolehkan orang yang kepadanya dokumen itu dikeluarkan untuk mendapatkan mata wang asing daripada seseorang yang lain atas kredit daripada orang yang mengeluarkannya, dan khususnya apa-apa cek kembara atau draf atau surat kredit lain yang dimaksudkan sedemikian;
“orang” ertinya orang sebenar, apa-apa perbadanan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi, perkongsian atau apa-apa badan, organisasi, persatuan atau kumpulan orang yang lain, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan dan sebagai tambahan termasuklah Kerajaan, mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana kerajaan lain;
“pemastautin” ertinya —
(a)
seorang warganegara Malaysia, tidak termasuk seorang warganegara yang telah mendapat status pemastautin tetap di suatu negara atau wilayah di luar Malaysia dan sedang bermastautin di luar Malaysia;
(b)
seorang bukan warganegara Malaysia yang telah mendapat status pemastautin tetap di Malaysia dan biasanya bermastautin di Malaysia;
(c)
suatu pertubuhan perbadanan yang diperbadankan atau ditubuhkan, atau berdaftar dengan atau diluluskan oleh mana-mana pihak berkuasa, di Malaysia;
(d)
suatu badan yang tidak diperbadankan yang berdaftar dengan atau diluluskan oleh mana-mana pihak berkuasa di
Malaysia;
(e)
Kerajaan atau mana-mana Kerajaan Negeri; atau 80 Undang-Undang Malaysia AKTA 701
(f)
mana-mana orang lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Bank sebagai seorang pemastautin;
“sekuriti” ertinya syer, saham, bon, nota (selain nota janji hutang), debentur, saham debentur, unit di bawah suatu skim amanah saham, syer dalam royalti minyak, suatu sekuriti sekunder dan kupon sama ada dalam bentuk tidak berskrip atau mempunyai sijil pembawa, termasuk sijil hakmilik bagi sekuriti atau apa-apa surat perumpukan yang boleh dibatalkan, apa-apa surat hak, apa-apa waran yang memberikan suatu opsyen untuk memperoleh suatu sekuriti, apa-apa sijil deposit berkenaan dengan sekuriti dan apa-apa dokumen lain yang memberikan, atau mengandungi keterangan mengenai, hak ke atas sekuriti sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank;
“transaksi” termasuklah —
(a)
menjual atau membeli;
(b)
meminjam atau meminjamkan;
(c)
pembayaran, pemindahan atau penyelesaian;
(d)
terbitan, pindahan atau penggantian sekuriti;
(e)
pemberian atau pemerolehan jaminan kewangan, tanggung rugi atau aku janji seumpamanya berkenaan dengan apa-apa hutang, obligasi atau liabiliti;
(f)
apa-apa perbuatan yang melibatkan, adalah bersama dengan, atau persediaan kepada, perkara dalam perenggan
(a)
, (b), (c), (d), (e) dan (g); atau
(g)
pengeluaran penyiaran iklan mengenai perkara dalam perenggan (a), (b), (c), (d) dan (e).
(3)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan atau kehendak
Lembaga di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Bank Negara Malaysia 81
Rekod akaun antarabangsa