Malaysia legislation
Section 78
Seksyen 78
(2)
Bagi maksud penyenggaraan rekod akaun antarabangsa, Bank hendaklah mempunyai kuasa untuk menghendaki secara bertulis pada bila-bila masa orang yang, pada pendapat Bank, mempunyai dalam milikannya atau di bawah jagaan atau kawalannya, atau berkeupayaan untuk mendapatkan, mengumpulkan atau mengemukakan, apa-apa data, maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan rekod akaun antarabangsa —
(a)
supaya mengemukakan data, maklumat atau dokumen itu kepada Bank; atau
(b)
supaya menghadirkan diri di hadapan seorang pegawai
Bank untuk menjawab apa-apa pertanyaan berhubung dengan data, maklumat atau dokumen itu.
(3)
Mana-mana orang yang dikehendaki supaya mengemukakan apa-apa data, maklumat atau dokumen di bawah seksyen ini hendaklah memastikan bahawa —
(a)
data, maklumat atau dokumen yang dikemukakan itu menurut apa-apa kehendak di bawah perenggan (2)(a);
atau
(b)
apa-apa jawapan kepada apa-apa pertanyaan menurut apa-apa kehendak di bawah perenggan (2)(b), adalah benar, betul, lengkap dan tidak mengelirukan.
(4)
Mana-mana orang yang dikehendaki supaya mengemukakan apa-apa data, maklumat atau dokumen di bawah seksyen ini hendaklah mematuhi kehendak itu, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis sama ada diperbuat sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini atau apa-apa sumpah, aku janji, atau
82 Undang-Undang Malaysia AKTA 701
kehendak kerahsiaan yang berlawanan atau apa-apa obligasi di bawah apa-apa kontrak, perjanjian atau perkiraan sama ada nyata atau tersirat yang berlawanan.
(5)
Mana-mana orang tidak boleh, dalam mematuhi kehendak supaya mengemukakan apa-apa maklumat atau dokumen di bawah subseksyen (4), dikira sebagai memungkiri apa-apa kontrak, perjanjian atau perkiraan itu.
(6)
Bank boleh menyiarkan mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut, pernyataan yang disatukan daripada kesemua atau mana-mana bahagian rekod akaun antarabangsa itu, dengan mengagregatkan data, maklumat atau butiran dalam dokumen yang diterima atau diperoleh di bawah subseksyen (2), dengan syarat bahawa penyiaran itu tidak boleh dengan apa-apa cara membawa kepada pengenalpastian mana-mana orang yang dengannya data, maklumat, atau butiran itu berkaitan.
(7)
Walau apa pun seksyen 88 atau mana-mana undang-undang bertulis lain tetapi tanpa menjejaskan subseksyen (6), apa-apa data, maklumat atau dokumen yang diterima atau diperoleh oleh Bank di bawah subseksyen (2) hendaklah dizahirkan oleh Bank hanya bagi maksud menyenggara rekod akaun antarabangsa, melaksanakan matlamat utamanya atau menjalankan fungsi utamanya di bawah seksyen 5, dan tidak boleh dizahirkan selainnya oleh Bank kepada mana-mana orang.
(8)
Bagi maksud seksyen ini —
(a)
“orang” ertinya orang sebenar, apa-apa perbadanan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi, perkongsian atau apa-apa badan, organisasi, persatuan atau kumpulan orang yang lain, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan dan sebagai tambahan termasuklah Kerajaan, mana-mana Kerajaan
Negeri atau mana-mana kerajaan lain;
“rekod akaun antarabangsa” merujuk secara kolektif kepada rekod imbangan pembayaran dan kedudukan pelaburan antarabangsa Malaysia;
Bank Negara Malaysia 83
“rekod imbangan pembayaran” ertinya rekod transaksi ekonomi dan kewangan Malaysia dengan mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia bagi suatu tempoh yang disifatkan sesuai oleh Bank;
“rekod kedudukan pelaburan antarabangsa” ertinya kedudukan aset dan liabiliti kewangan Malaysia dengan mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia setakat tarikh yang disifatkan sesuai oleh Bank; dan
(b)
Bank boleh menentukan —
(i)
transaksi ekonomi dan kewangan yang boleh dimasukkan atau tidak dimasukkan dalam rekod imbangan pembayaran itu;
(ii)
aset dan liabiliti kewangan di luar Malaysia yang boleh dimasukkan atau tidak dimasukkan dalam rekod kedudukan pelaburan antarabangsa; dan
(iii)
mana-mana wilayah atau tempat sebagai terletak di dalam atau di luar Malaysia.
(9)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi kehendak Bank di bawah subseksyen (2), (3) atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.