Malaysia legislation
Section 83
Seksyen 83
(2)
Pegawai dan pekerja Bank hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh, menerima apa-apa gaji dan elaun dan hendaklah tertakluk kepada apa-apa undang-undang kecil mengenai kelakuan dan tatatertib dan terma dan syarat perkhidmatan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
(3)
Bank boleh, dengan kelulusan Menteri, daripada dana Bank menubuhkan dan menyenggara suatu kumpulan wang pencen dan simpanan untuk pegawai dan pekerjanya yang dalam subseksyen ini termasuklah Gabenor dan Timbalan Gabenor, dan tanggungan mereka.
(4)
Hendaklah terus ada suatu Akaun Kebajikan Kakitangan Bank
Negara Malaysia yang hendaklah termasuk amaun yang ada pada kredit Akaun Kebajikan Kakitangan Bank Negara Malaysia yang diwujudkan di bawah subseksyen 15(5) Akta dimansuhkan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan apa-apa amaun lain yang diletakkan pada kredit Akaun Kebajikan Kakitangan Bank Negara
Malaysia di bawah Akta ini.
(5)
Akaun Kebajikan Kakitangan Bank Negara Malaysia hendaklah digunakan bagi apa-apa maksud yang bermanfaat bagi kebajikan pegawai dan pekerja
Bank, termasuk tanggungan mereka, sebagaimana yang dari semasa ke semasa diperuntukkan dalam arahan amanah yang akan dikeluarkan oleh Lembaga dengan kelulusan
Menteri, dan arahan itu boleh memperuntukkan cara dan tatacara bagi pemberian, pembiayaan atau pembayaran lain daripada Akaun
Kebajikan Kakitangan Bank Negara Malaysia.
Bank Negara Malaysia 87
Pembiayaan bagi perumahan, kenderaan, pengajian dan biasiswa