Malaysia legislation
Section 84
Seksyen 84
(2)
Bank boleh memberikan pembiayaan kepada seseorang pegawai atau pekerja atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga —
(a)
bagi membeli, mendirikan, mengubah, mengubahsuaikan atau membesarkan rumah yang didiaminya atau dicadangkan didiaminya;
(b)
untuk melepaskan suatu gadai janji atau bebanan atas rumah itu; atau
(c)
bagi pembelian kenderaan.
(3)
Bank boleh, jika Gabenor berpuas hati bahawa wujud hal keadaan khas atau belas kasihan atau maksudnya sesuai, memberikan pembiayaan kepada seseorang pegawai atau pekerja atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Gabenor, yang tidak melebihi pada bila-bila masa suatu amaun yang bersamaan dengan tiga bulan gaji pegawai atau pekerja itu.
(4)
Bank boleh memberikan pembiayaan bagi pengajian atau biasiswa kepada mana-mana pegawai atau pekerja Bank atau mana-mana anak, termasuk anak tiri atau anak angkat pegawai atau pekerja itu, atau kepada mana-mana orang yang sesuai, mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga secara amnya atau dalam mana-mana hal tertentu.
Saraan tidak dikaitkan dengan keuntungan