Malaysia legislation

Section 91

of *AKTA BANK NEGARA MALAYSIA 2009

Seksyen 91

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

(a)

boleh didakwa secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan

(b)

jika pertubuhan perbadanan itu didapati melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan bagi segala hal keadaan, dia membuktikan —

(i)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan

(ii)

bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan usaha wajar untuk mengelakkan berlakunya kesalahan itu.

(2)

Jika mana-mana orang di bawah Akta ini boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti bagi perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkarannya, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran oleh mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan —

(a)

oleh pekerja orang itu semasa penggajiannya;

92 Undang-Undang Malaysia AKTA 701

(b)

oleh ejen itu apabila bertindak bagi pihak orang itu; atau

(c)

oleh pekerja ejen itu semasa penggajian pekerja itu oleh ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu yang bertindak bagi pihak orang itu.

Bank boleh diwakili oleh pegawai atau pekerja Bank dalam prosiding sivil

Section 91 — CENTRAL BANK OF MALAYSIA ACT 2009 | mylaw.my