Malaysia legislation
Section 98
Seksyen 98
Kuasa untuk mengenakan penalti pentadbiran
(2)
Bank hendaklah, sebelum membuat keputusan untuk mengenakan apa-apa penalti pentadbiran terhadap mana-mana orang, menyampaikan kepada orang itu suatu notis bertulis yang
Bank Negara Malaysia 95
menghendakinya untuk menunjukkan sebab mengapa penalti pentadbiran itu tidak patut dikenakan terhadapnya.
(3)
Jika suatu penjelasan yang memuaskan tidak diterima dalam tempoh empat belas hari dari tarikh notis bertulis itu, Bank boleh mengenakan suatu penalti pentadbiran sebanyak amaun yang tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari ketidakpatuhan itu dan amaun itu tidak boleh secara keseluruhannya melebihi lima ribu ringgit.