Malaysia legislation

Section 101

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI LABUAN 2010

Seksyen 101

(a)

harta yang pada masa kontrak itu dibuat terletak di Malaysia atau dalam transit ke atau dari Malaysia;

(b)

kapal atau pesawat udara yang didaftarkan di Malaysia dan segala liabiliti yang berbangkit daripada pengendalian kapal atau pesawat udara itu;

(c)

nyawa atau apa-apa kontingensi yang berhubungan dengan mana-mana orang yang, pada masa kontrak itu dibuat, ialah seorang pemastautin; atau

(d)

apa-apa jenis risiko berkenaan dengan mana-mana orang yang, pada masa kontrak itu dibuat, ialah seorang pemastautin;

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 117

“perniagaan insurans am” ertinya perniagaan insurans yang bukan perniagaan insurans nyawa tetapi termasuk insurans kemalangan, perubatan, pembedahan dan perbelanjaan hospital yang berhubungan dengan mana-mana orang;

“perniagaan insurans” ertinya perniagaan melaksanakan dan menjalankan kontrak—

(a)

yang melindungi orang terhadap kerugian atau kemungkinan kerugian berkenaan dengan risiko yang kepadanya orang itu mungkin terdedah; atau

(b)

untuk membayar sejumlah wang atau benda lain yang bernilai apabila berlaku sesuatu kejadian, dan termasuklah perniagaan insurans semula;

“lesen insurans” ertinya lesen yang diberikan di bawah Bahagian ini;

“pengambil insurans” ertinya orang yang dilindungi oleh suatu polisi insurans;

“penanggung insurans” ertinya orang yang menjalankan perniagaan insurans;

“penanggung insurans Labuan” ertinya orang yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan insurans Labuan;

“perniagaan insurans kaptif Labuan” ertinya perniagaan insurans

Labuan yang pengambil insuransnya ialah suatu perbadanan berkaitan atau perbadanan sekutu bagi penanggung insurans Labuan itu atau yang pengambil insurans itu ialah mana-mana orang lain yang berkenaan dengannya penanggung insurans Labuan itu telah dibenarkan oleh Lembaga untuk memberikan insurans atau insurans semula;

“broker insurans Labuan” ertinya seseorang yang dilesenkan untuk—

(a)

mengaturkan perniagaan insurans Labuan bagi pihak bakal pemunya polisi atau pemunya polisi yang sedia ada;

Undang-Undang Malaysia 118

Akta 704

(b)

mengaturkan perniagaan insurans semula Labuan bagi pihak mana-mana penanggung insurans yang ingin mendapatkan insurans semula; atau

(c)

menganalisis hal keadaan kewangan seseorang lain dan menyediakan pelan untuk memenuhi keperluan dan objektif kewangan orang itu, sama ada fi dikenakan berhubung dengannya atau tidak;

“perniagaan insurans Labuan” ertinya perniagaan insurans dan insurans semula termasuklah perniagaan takaful dan takaful semula, perniagaan insurans kaptif Labuan dan perniagaan insurans lain yang diluluskan oleh Lembaga tetapi tidak termasuk apa-apa perniagaan insurans yang dikawal atau dilarang di bawah undang-undang bertulis lain di Malaysia;

“pengurus insurans Labuan” ertinya seseorang yang dilesenkan untuk memberikan khidmat pengurusan atau pentadbiran yang berhubung dengan perniagaan insurans Labuan tetapi tidaklah termasuk pengurus pengunderaitan Labuan;

“pengurus pengunderaitan Labuan” ertinya seseorang, yang bukannya pekerja bona fide, yang dilesenkan untuk memberikan khidmat pengunderaitan, termasuklah pentadbiran perniagaan, kepada seorang penanggung insurans Labuan atau lebih;

“perniagaan insurans nyawa” ertinya perniagaan insurans yang berkaitan dengan apa-apa polisi yang dengannya pembayaran wang polisi diinsuranskan berasaskan kematian atau berlakunya apa-apa kontingensi yang bergantung pada tamatnya atau berterusannya nyawa manusia dan termasuklah apa-apa perluasan perlindungan sampingan dan insurans semula perniagaan sedemikian;

“penanggung insurans Malaysia” ertinya penanggung insurans yang dilesenkan di bawah *Akta Insurans 1996 [Akta 553] atau

**Akta Takaful 1984 [Akta 312];

*CATATAN—Akta Insurans 1996 [Akta 553] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013—lihat seksyen 271 dan 272 Akta 758.

**CATATAN—Akta Takaful 1984 [Akta 312] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan

Islam 2013 [Akta 759] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013—lihat seksyen 282 dan 283 Akta 759.

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 119

“pendapatan premium bersih”, berhubung dengan suatu tahun kewangan, ertinya premium yang boleh diterima di bawah kontrak insurans atau insurans semula selepas ditolak apa-apa premium yang kena dibayar bagi insurans semula yang diaturkan berkenaan dengan kontrak insurans atau insurans semula itu;

“polisi” ertinya polisi insurans dan termasuklah nota perlindungan atau apa-apa kontrak insurans bertulis sama ada atau tidak terkandung dalam atau didalilkan oleh suatu surat cara dalam bentuk polisi insurans; dan apa-apa sebutan mengenai polisi penanggung insurans termasuklah sebutan mengenai mana-mana polisi yang berkenaan dengannya penanggung insurans itu mempunyai apa-apa liabiliti, sama ada atau tidak polisi itu dikeluarkan oleh penanggung insurans itu atau liabiliti itu dipindahkan kepada penanggung insurans itu daripada penanggung insurans yang lain;

“pemunya polisi” ertinya mana-mana orang yang mengambil sesuatu polisi;

“perniagaan insurans semula” ertinya suatu perniagaan yang dengannya penanggung insurans semula menanggung sebahagian daripada liabiliti di bawah kontrak insurans asal penanggung insurans yang lain atau penanggung insurans semula yang lain;

“penanggung insurans semula” ertinya seseorang yang menjalankan atau mengurusniagakan atau mengemukakan dirinya sebagai sedang menjalankan atau mengurusniagakan perniagaan insurans semula;

“dana kerja” ertinya—

(a)

berhubung dengan syarikat Labuan, modal berbayar yang tidak tercacat oleh kerugian; dan

(b)

berhubung dengan syarikat Labuan asing atau cawangan penanggung insurans Malaysia, lebihan aset berbanding liabiliti yang hendaklah dikekalkan dalam buku pejabatnya di Labuan.

(2)

Jika lima belas peratus syer mengundi atau lebih sesuatu perbadanan dipegang oleh suatu perbadanan yang lain, perbadanan yang mula-mula disebut itu hendaklah disifatkan sebagai perbadanan sekutu bagi perbadanan yang satu lagi itu, dan apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai “perbadanan sekutu” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai perbadanan yang mula-mula disebut itu atau perbadanan yang satu lagi itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Undang-Undang Malaysia 120

Akta 704

PELESENAN PERNIAGAAN INSURANS LABUAN DAN

AKTIVITI BERKAITAN INSURANS LABUAN

Pelesenan perniagaan insurans Labuan dan aktiviti berkaitan insurans Labuan

Section 101 — LABUAN FINANCIAL SERVICES AND SECURITIES ACT 2010