Malaysia legislation
Section 103
Seksyen 103
(a)
pemohon ialah, atau akan menjadi, suatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing atau cawangan suatu penanggung insurans Malaysia;
(b)
dana kerja pemohon—
(i)
dalam hal apabila pemohon bercadang untuk menjalankan sama ada perniagaan insurans nyawa atau perniagaan insurans am, adalah sekurang-kurangnya tujuh juta lima ratus ribu ringgit atau yang setara dengannya dalam apa-apa mata wang asing atau apa-apa amaun atau jenis mata wang yang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;
(ii)
dalam hal apabila pemohon bercadang untuk menjalankan perniagaan insurans semula semata-mata, adalah sekurang-kurangnya sepuluh juta ringgit atau yang setara dengannya dalam apa-apa mata wang asing atau apa-apa amaun atau jenis mata wang yang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga; atau
(iii)
dalam hal apabila pemohon bercadang untuk menjalankan perniagaan insurans kaptif Labuan semata-mata, adalah sekurang-kurangnya tiga ratus ribu ringgit atau yang setara dengannya dalam apa-apa mata wang asing atau apa-apa amaun atau jenis mata wang yang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;
(c)
jumlah wang yang ditentukan dalam perenggan (b) tersimpan dalam akaun pemohon itu dengan suatu bank di Labuan, sebagaimana yang dibuktikan dengan perakuan bank itu, pada masa permohonan itu dibuat;
Undang-Undang Malaysia 122
Akta 704
(d)
orang yang mengawal, pengarah dan pegawai prinsipal pemohon ialah orang yang layak dan sesuai untuk mempunyai kaitan dengan penanggung insurans Labuan;
(e)
pemohon sama ada—
(i)
telah mewujudkan, atau akan mewujudkan, pengurusannya di Labuan dengan pengetahuan dan kepakaran yang mencukupi tentang perniagaan insurans Labuan yang hendak dijalankan; atau
(ii)
telah melantik, atau akan melantik, seorang pengurus pengunderaitan Labuan atau pengurus insurans Labuan berlesen di Labuan dengan pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi tentang perniagaan insurans Labuan yang hendak dijalankan, kecuali berkenaan dengan pemohon yang memohon untuk menjalankan perniagaan insurans kaptif Labuan, hanya seorang pengurus pengunderaitan Labuan sahaja boleh dilantik;
dan
(f)
pemohon akan menjadi anggota persatuan penanggung insurans Labuan.
(2)
Walau apa pun perenggan (1)(b), Lembaga boleh, setelah mengambil kira takat dan banyaknya perniagaan insurans Labuan yang dicadangkan hendak dijalankan oleh pemohon, menentukan amaun dana kerja yang lebih rendah, tertakluk pada pemohon memberikan jaminan yang mencukupi atas apa-apa terma dan syarat yang boleh diterima oleh Lembaga bagi perbezaan amaun itu.
(3)
Tiap-tiap permohonan bagi lesen untuk menjalankan perniagaan insurans Labuan hendaklah—
(a)
dibuat secara bertulis dan dikemukakan kepada Lembaga;
(b)
menyatakan sama ada perniagaan insurans Labuan itu berhubung dengan perniagaan insurans nyawa atau perniagaan insurans am;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 123
(c)
menyatakan jenis perniagaan insurans Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang hendak dijalankan di bawah lesen insurans;
(d)
menyatakan perancangan perniagaan pemohon; dan
(e)
disertai dengan—
(i)
suatu salinan—
(aa) dokumen konstituen pemohon yang disahkan dengan sewajarnya oleh pengarah atau pegawai pemohon;
(bb) ketetapan lembaga dan mesyuarat agung pemohon, jika ada, yang disahkan dengan sewajarnya oleh pengarah atau pegawai pemohon, yang memberi kuasa kepada pemohon untuk memohon suatu lesen insurans;
(cc)
perakuan pemerbadanan atau pendaftaran pemohon, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diperakui oleh pihak berkuasa pendaftaran yang berkenaan di tempat penubuhan atau asal pemohon;
dan
(dd)
kecuali berhubung dengan suatu permohonan untuk menjalankan perniagaan insurans kaptif Labuan, suatu surat kesedaran daripada pihak berkuasa penyeliaan negara asal pemohon atau apa-apa pihak berkuasa yang ditentukan oleh Lembaga;
(ii)
suatu salinan akaun tahunan pemohon yang telah diaudit bagi tiga tahun berturut-turut sebaik sebelum permohonan itu, jika berkenaan;
(iii)
suatu pernyataan mengenai—
(aa) nama, tempat dan tarikh penubuhan pemohon;
Undang-Undang Malaysia 124
Akta 704
(bb) n a m a , a l a m a t , k e l a y a k a n d a n pengalaman pengarah dan pegawai yang bertanggungjawab bagi pengurusan keseluruhan hal ehwal pemohon; dan
(cc)
nama dan alamat setiap anggota yang memegang lima belas peratus syer mengundi pemohon atau lebih;
(iv)
suatu perisytiharan oleh pemohon mengenai kejujuran pengarah dan pegawai pemohon yang akan terlibat dengan pengurusan penanggung insurans Labuan yang dicadangkan itu; dan
(v)
dalam hal sesuatu permohonan oleh suatu syarikat
Labuan, suatu jaminan yang didapatkan dan suatu aku janji yang diberikan, dan dalam hal permohonan oleh suatu syarikat Labuan asing atau cawangan suatu penanggung insurans
Malaysia, suatu aku janji yang diberikan, oleh pemohon berkenaan dengan perniagaan insurans
Labuannya, mengikut apa-apa cara dan apa-apa bentuk yang boleh diterima oleh Lembaga, dan jaminan serta aku janji itu hendaklah membuat peruntukan, antara lain, bahawa—
(aa) pemohon hendaklah mematuhi obligasi kewangan dan kehendak yang dikenakan di bawah Akta ini dan hendaklah menjelaskan liabiliti pemohon berkenaan dengan perniagaan insurans Labuannya;
(bb) jika pemohon ialah suatu syarikat
Labuan, tiada peserta pemohon yang memegang sepuluh peratus modal berbayar pemohon atau lebih boleh ditukar tanpa mendapatkan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Lembaga dan, jika pemohon ialah suatu syarikat Labuan asing, bahawa ia akan dengan segera memberitahu Lembaga tentang apa-apa pertukaran pesertanya yang memegang sepuluh peratus modal berbayarnya atau lebih; dan
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 125
(cc)
tiap-tiap pengarah atau pegawai prinsipal pemohon yang bertanggungjawab bagi pengurusan perniagaan insurans
Labuannya hendaklah orang yang layak dan sesuai dan pelantikan pengarah atau pegawai prinsipal itu akan hanya dibuat selepas berunding dengan Lembaga.
(4)
Perenggan (3)(e)(v) tidaklah terpakai bagi permohonan untuk menjalankan perniagaan insurans kaptif Labuan jika pemunya polisi ialah perbadanan berkaitan atau perbadanan sekutu penanggung insurans itu.
(5)
Lembaga boleh menghendaki daripada pemohon apa-apa maklumat atau dokumen lain yang ditentukan oleh Lembaga bagi maksud menentukan permohonan itu.
(6)
Perkara yang dinyatakan dalam subseksyen (5) boleh berbeza antara pemohon, atau kelas, kategori atau perihalan pemohon yang berlainan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
(7)
Sesuatu permohonan di bawah seksyen ini boleh dibuat berhubung dengan seseorang yang belum lagi ditubuhkan di bawah
Akta Syarikat Labuan 1990 tetapi akan ditubuhkan sedemikian sekiranya orang itu mendapat lesen insurans, dan sekiranya sedemikian kehendak subseksyen (1) boleh diubah oleh Lembaga sebagaimana yang difikirkan sesuai.
Permohonan bagi lesen insurans untuk menjalankan aktiviti berkaitan insurans Labuan