Malaysia legislation
Section 107
Seksyen 107
Penerusan kehendak pelesenan
(2)
Tiap-tiap penanggung insurans Labuan yang merupakan suatu syarikat Labuan asing hendaklah, sebelum membuat apa-apa pertukaran pegawai prinsipalnya, memberikan butir-butir secara bertulis kepada Lembaga mengenai apa-apa pertukaran yang dicadangkan itu untuk kelulusan Lembaga.
(3)
Tiap-tiap penanggung insurans Labuan yang merupakan suatu syarikat Labuan asing atau suatu cawangan penanggung insurans
Malaysia hendaklah memberitahu secara bertulis dalam tempoh tiga bulan selepas membuat apa-apa pindaan atau perubahan kepada mana-mana dokumen konstituennya, atau apa-apa pertukaran orang yang mengawal atau pengarahnya dan memberikan butir-butir bertulis kepada Lembaga mengenai pindaan, perubahan atau pertukaran itu yang disahkan dengan sewajarnya oleh seorang pengarah penanggung insurans Labuan itu mengikut cara yang boleh diterima oleh Lembaga.
(4)
Tiap-tiap pemegang lesen insurans hendaklah dengan serta-merta memberitahu Lembaga mengenai apa-apa pindaan atau perubahan kepada apa-apa maklumat yang telah diberikan kepada
Lembaga berkaitan dengan permohonan bagi lesen insurans itu.
(5)
Tiada penanggung insurans Labuan boleh membuat apa-apa pindaan atau perubahan kepada dokumen konstituennya yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang bertulis.
(6)
Jika penanggung insurans Labuan itu ialah suatu syarikat
Labuan, tiada peserta penanggung insurans Labuan itu yang memegang lima belas peratus modal berbayar pemohon atau lebih boleh ditukar tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Lembaga dan, jika penanggung insurans Labuan itu ialah suatu syarikat Labuan asing, penanggung insurans itu hendaklah dengan segera memberitahu
Lembaga mengenai apa-apa pertukaran pesertanya yang memegang lima belas peratus modal berbayarnya atau lebih.
Undang-Undang Malaysia 132
Akta 704
KEHENDAK KEWANGAN DAN KEWAJIPAN DAN
SEKATAN TERHADAP PEMEGANG LESEN INSURANS
Pelantikan aktuari