Malaysia legislation

Section 118

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI LABUAN 2010

Seksyen 118

Kuasa untuk membuat penamaan

(2)

Jika suatu penamaan dibuat selepas polisi itu dikeluarkan, pemunya polisi hendaklah mengemukakan polisi itu berserta dengan butir-butir mengenai penama yang disebut dalam subseksyen (1)

bagi pengendorsan penanggung insurans Labuan itu mengenai penamaan atas polisi itu.

(3)

Sesuatu penamaan yang dibuat di bawah subseksyen (1)

hendaklah disaksikan oleh seseorang yang sempurna akal yang telah mencapai umur lapan belas tahun dan bukan seorang penama yang dinamakan di bawah subseksyen itu.

(4)

Penanggung insurans Labuan—

(a)

hendaklah memaparkan dengan jelas dalam borang penamaan suatu notis bahawa pemunya polisi hendaklah menyerahkan faedah polisi itu kepada penamanya jika niatnya ialah supaya penamanya, selain suami atau isterinya, anaknya atau ibu atau bapanya, menerima faedah polisi itu secara benefisial dan tidak sebagai wasi;

(b)

hendaklah merekodkan penamaan itu dan butir-butir penama dalam daftar polisinya; dan

(c)

hendaklah mendaftarkan dalam daftar polisinya penamaan yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan penamaan itu hendaklah mula berkuat kuasa dari tarikh penamaan itu didaftarkan.

(5)

Kegagalan untuk mematuhi subseksyen (4) akan menjejaskan kesahan penamaan itu melainkan jika dibuktikan selainnya bahawa pemberitahuan yang perlu mengenai penamaan itu telah dibuat oleh pemunya polisi dan diberikan kepada penanggung insurans

Labuan untuk pengendorsan pada polisi itu.

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 137

(6)

Sesuatu penamaan yang dibuat di bawah subseksyen (1)

boleh dibuat bagi faedah seseorang atau beberapa orang dan jika orang yang dinamakan itu lebih daripada seorang, pemunya polisi boleh mengarahkan supaya bahagian yang ditentukan dibayar kepada orang yang dinamakan dan dalam ketiadaan arahan daripada pemunya polisi, penanggung insurans Labuan hendaklah membayar bahagian yang sama banyak kepada orang itu.

Pembatalan penamaan

Section 118 — LABUAN FINANCIAL SERVICES AND SECURITIES ACT 2010