Malaysia legislation

Section 11

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI LABUAN 2010

Seksyen 11

(2)

Kehendak di bawah subseksyen (1) tidak terpakai jika tawaran atau pelawaan itu dibuat menurut atau berkaitan dengan sesuatu tawaran atau pelawaan yang dikecualikan di bawah subseksyen 8(5).

(3)

Lembaga tidak boleh mendaftarkan salinan mana-mana prospektus—

(a)

jika prospektus itu mengandungi apa-apa pernyataan atau perkara yang pada pendapatnya mengelirukan dari segi bentuk dan konteks pernyataan itu dimasukkan; dan

(b)

melainkan jika—

(i)

suatu salinan yang ditandatangani oleh tiap-tiap pengarah dan oleh tiap-tiap orang yang namanya terdapat dalamnya sebagai pengarah yang dicadangkan bagi perbadanan itu atau pengendali dalam hal dana awam yang memohon bagi pendaftaran di bawah seksyen 31 atau oleh ejen mereka yang diberi kuasa secara bertulis diserahkan kepada Lembaga pada atau sebelum tarikh pengeluarannya;

(ii)

prospektus itu ternyata mematuhi kehendak Akta ini dan peraturan-peraturan atau Lembaga berpuas hati bahawa apa-apa penyimpangan daripada kehendak Akta ini atau peraturan-peraturan oleh prospektus itu adalah wajar dan tidak berkemungkinan untuk mengelirukan seseorang yang melabur berdasarkan kepercayaan pada kandungan prospektus itu; dan

(iii)

telah juga diserahkan kepada Lembaga—

(aa) dalam hal suatu prospektus yang berhubungan dengan dana awam—

(i)

suatu perakuan daripada seorang pakar yang memperakukan bahawa prospektus itu mematuhi kehendak Bahagian III; dan

Undang-Undang Malaysia 36

Akta 704

(ii)

jika semua atau mana-mana bahagian prospektus itu tidak dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, suatu terjemahan prospektus itu atau sebahagian prospektus itu dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, yang ditentusahkan mengikut cara yang memuaskan hati Lembaga;

(bb) dalam hal mana-mana prospektus lain, suatu salinan, yang ditentusahkan sebagaimana yang ditentukan, apa-apa persetujuan yang dikehendaki oleh seksyen 13 bagi pengeluaran prospektus dan apa-apa kontrak material yang disebut dalam prospektus itu atau, dalam hal apa-apa kontrak sedemikian yang tidak dalam bentuk bertulis, suatu memorandum yang memberikan butir-butir lengkap mengenainya, yang ditentusahkan sebagaimana yang ditentukan.

(4)

Jika suatu prospektus dikeluarkan tanpa suatu salinannya didaftarkan sedemikian, perbadanan dan tiap-tiap orang yang dengan disedarinya menjadi suatu pihak dalam pengeluaran prospektus itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(5)

Berhubung dengan suatu prospektus yang berhubungan dengan suatu dana awam, prospektus itu hendaklah, sebagai tambahan—

(a)

memberikan pendedahan lengkap, benar dan jelas mengenai semua fakta dan hal keadaan yang boleh memudahkan seseorang bakal pelabur membuat suatu penilaian munasabah dalam menentukan sama ada untuk membeli atau memohon beli syer sesuatu dana awam;

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 37

(b)

mengandungi suatu pernyataan ringkasan mengenai hak pelabur di bawah seksyen 36; dan

(c)

jika dana awam itu telah beroperasi selama satu tahun kewangan yang lengkap, disertai dengan atau mengandungi rujukan mengenai tersedianya penyata kewangan bagi tahun kewangan dana awam itu yang sebaik sebelum tarikh tawaran itu dan laporan juruaudit mengenainya.

(6)

Jika—

(a)

apa-apa perubahan berlaku yang menjejaskan secara material mana-mana perkara yang dikehendaki supaya dizahirkan di bawah subseksyen (5); atau

(b)

telah berlaku perubahan material yang menjejaskan perkara yang dizahirkan dalam prospektus, maka pengurus dana bagi dana awam itu atau penaja, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dalam tempoh tiga puluh hari dari berlakunya perubahan itu memasukkan perubahan itu dalam prospektus yang berhubungan dengan dana awam itu atau tawaran menurut subseksyen 8(1) dan memberikan suatu salinannya kepada setiap pelaburnya dan kepada Lembaga.

Dokumen yang mengandungi tawaran sekuriti hendaklah dibuat melalui syarikat amanah Labuan atau pemegang lesen bank dan hendaklah disifatkan sebagai prospektus