Malaysia legislation

Section 124

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI LABUAN 2010

Seksyen 124

(2)

Tertakluk pada subseksyen (1), penanggung insurans

Labuan boleh membayar kepada suami atau isteri, anak atau ibu atau bapa pemunya polisi mengikut susunan keutamaan itu dan jika terdapat lebih daripada seorang isteri, anak atau ibu atau bapa, dalam bahagian yang sama kepada setiap orang dalam kelas itu dan jika tiada suami atau isteri, anak atau ibu atau bapa dan—

(a)

jika wang polisi tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau nilai yang setara dengannya dalam mata wang asing atau apa-apa amaun atau jenis mata wang lain yang lebih banyak sebagaimana yang ditentukan, penanggung

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 141

insurans Labuan boleh membayar semua wang polisi itu tanpa menghendaki Pemberian Probet atau Surat Kuasa

Pentadbiran atau Perintah Pembahagian—

(i)

kepada seseorang yang memuaskan hati penanggung insurans Labuan sebagai berhak dan berkemungkinan akan diberi Pemberian Probet atau Surat Kuasa Pentadbiran atau Perintah

Pembahagian; atau

(ii)

kepada seseorang yang memuaskan hati penanggung insurans Labuan sebagai berhak secara benefisial kepada harta pusaka pemunya polisi yang telah mati itu; atau

(b)

jika wang polisi itu adalah lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau nilai yang setara dengannya dalam mata wang asing, atau apa-apa amaun atau jenis mata wang lain yang lebih banyak sebagaimana yang ditentukan, penanggung insurans Labuan boleh membayar kepada orang yang disebut dalam subperenggan (a)(i) atau (ii)

amaun yang disebut dalam perenggan itu dan tertakluk pada subseksyen (6), membayar kepada orang itu baki wang polisi itu apabila Pemberian Probet atau Surat Kuasa

Pentadbiran atau Perintah Pembahagian dikemukakan.

(3)

Dalam seksyen ini, sebutan mengenai wang polisi ialah sebutan mengenai amaun agregat wang polisi berkenaan dengan semua polisi pemunya polisi dengan penanggung insurans Labuan itu jika tidak ada penamaan.

(4)

Pemberian Probet atau Surat Kuasa Pentadbiran atau

Perintah Pembahagian yang diberikan atau yang mempunyai kuat kuasa seolah-olah telah diberikan, berkenaan dengan harta pusaka diri yang meliputi wang polisi itu, oleh mahkamah di Malaysia atau suatu pihak berkuasa yang berwibawa di luar

Malaysia, atau salinan terperakunya hendaklah menjadi bukti yang mencukupi kepada penanggung insurans Labuan itu untuk membayar wang polisi itu kepada orang yang kepadanya pemberian itu dibuat.

Undang-Undang Malaysia 142

Akta 704

(5)

Penanggung insurans Labuan boleh menerima Pemberian

Probet atau Surat Kuasa Pentadbiran atau Perintah Pembahagian atau apa-apa dokumen lain yang mempunyai kuat kuasa yang sama, yang diberikan oleh suatu mahkamah di Malaysia atau suatu pihak berkuasa yang berwibawa di luar Malaysia, sebagai bukti yang mencukupi untuk membayar wang polisi pemunya polisi yang mati itu kepada orang yang kepadanya pemberian itu telah dibuat, dengan syarat bahawa Pemberian Probet atau Surat Kuasa

Pentadbiran atau Perintah Pembahagian atau dokumen lain yang mempunyai kuat kuasa yang sama itu telah didaftarkan dengan sewajarnya di mahkamah di Malaysia dan dimeteraikan mengikut

Akta Probet dan Pentadbiran 1959 [Akta 97].

(6)

Jika, setelah tamat tempoh dua belas bulan selepas pembayaran di bawah perenggan (2)(b) dibuat oleh seseorang penanggung insurans Labuan, baki wang polisi itu masih kena dibayar dan tiada tuntutan telah dibuat oleh seseorang yang memegang Pemberian

Probet atau Surat Kuasa Pentadbiran atau Perintah Pembahagian, penanggung insurans Labuan hendaklah membayar baki wang polisi itu kepada orang yang menerima pembayaran mula-mula wang polisi itu.

(7)

Wang polisi yang dibayar di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan telah dibayar sewajarnya dan penanggung insurans

Labuan hendaklah dilepaskan daripada liabiliti berkenaan dengan wang polisi yang telah dibayar sedemikian walaupun tidak ada atau terdapat ketidaksahan, atau apa-apa kecacatan dalam, Pemberian

Probet atau Surat Kuasa Pentadbiran atau Perintah Pembahagian atau apa-apa dokumen lain yang mempunyai kuat kuasa yang sama.

(8)

Seseorang yang kepadanya suatu pembayaran boleh dibuat di bawah seksyen ini hendaklah memberikan suatu resit yang hendaklah disifatkan sebagai resit yang sah.

Pembayaran kepada orang yang tidak berwibawa untuk berkontrak

Section 124 — LABUAN FINANCIAL SERVICES AND SECURITIES ACT 2010