Malaysia legislation

Section 128

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI LABUAN 2010

Seksyen 128

(2)

Lembaga boleh mengemukakan petisyen bagi penggulungan penanggung insurans Labuan atau perniagaan insurans

Labuannya atas alasan ketidakupayaannya menunaikan apa-apa liabilitinya atau apabila ia menggantung pembayaran kepada pemiutangnya.

(3)

Bagi maksud subseksyen (1) dan (2), mahkamah hendaklah mengambil kira kepentingan pemunya polisi, pelanggan lain dan pemiutang penanggung insurans Labuan.

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 145

(4)

Dalam apa-apa penggulungan penanggung insurans Labuan, atau apabila penanggung insurans Labuan menjadi tidak solven, hendaklah dibayar daripada aset dalam kumpulan wang insurans atau kumpulan wang lain penanggung insurans Labuan mendahului segala hutang tidak bercagar lain—

(a)

pertamanya, kos dan perbelanjaan penggulungan itu, termasuk kos pelikuidasi atau penerima;

(b)

keduanya, semua upah atau gaji, sama ada atau tidak diperoleh keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai komisen, termasuklah apa-apa amaun yang kena dibayar sebagai elaun atau bayaran ganti di bawah apa-apa kontrak pekerjaan atau award atau perjanjian yang mengawal selia syarat-syarat pekerjaan, bagi mana-mana pekerja yang tidak melebihi satu ribu lima ratus ringgit atau nilai yang setara dalam mata wang asing atau apa-apa amaun atau jenis mata wang lain sebagaimana yang ditentukan dari semasa ke semasa berkenaan dengan perkhidmatan yang diberikan olehnya kepada penanggung insurans Labuan itu dalam tempoh empat bulan sebelum bermulanya penggulungan itu;

(c)

ketiganya, semua amaun yang kena dibayar berkenaan dengan pampasan pekerja, di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pampasan pekerja, yang terakru sebelum bermulanya penggulungan itu;

(d)

keempatnya, semua saraan yang kena dibayar kepada mana-mana pekerja berkenaan dengan cuti rehat, atau dalam hal kematiannya kepada mana-mana orang lain yang berhak bagi pihaknya, yang terakru berkenaan dengan apa-apa tempoh sebelum bermulanya penggulungan itu;

(e)

kelimanya, semua amaun yang terhutang berkenaan dengan caruman yang kena dibayar dalam masa dua belas bulan yang berikut sebaik sebelum bermulanya penggulungan oleh penanggung insurans Labuan sebagai majikan mana-mana orang di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kumpulan wang persaraan atau simpanan pekerja atau di bawah apa-apa skim persaraan atau faedah pencen yang merupakan suatu skim diluluskan di bawah mana-mana undang-undang persekutuan yang berhubungan dengan cukai pendapatan;

Undang-Undang Malaysia 146

Akta 704

(f)

keenamnya, amaun semua cukai persekutuan yang ditaksirkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebelum tarikh permulaan penggulungan itu atau yang ditaksirkan pada bila-bila masa sebelum habis tempoh masa yang ditetapkan bagi membuktikan hutang;

(g)

ketujuhnya, semua liabiliti dan perbelanjaan yang boleh dikaitkan dengan perniagaan insurans Labuannya daripada kelas yang baginya kumpulan wang insurans tertentu itu diwujudkan; dan

(h)

kelapannya, selepas liabiliti dan perbelanjaan yang boleh dikaitkan dengan perniagaan insurans Labuan daripada kelas yang baginya kumpulan wang insurans tertentu yang disebut dalam perenggan (g) terpakai telah ditunaikan sepenuhnya, amaun yang dikehendaki untuk mencukupkan apa-apa kekurangan dalam kumpulan wang insurans yang lain.

(5)

Hutang dalam setiap kelas yang ditentukan dalam subseksyen (4)

hendaklah berperingkat mengikut susunan yang ditentukan dalam subseksyen itu tetapi hutang daripada jenis yang sama hendaklah berperingkat sama rata antara mereka sendiri, dan hendaklah dibayar dengan penuh, melainkan jika aset dalam kumpulan wang insurans penanggung insurans Labuan itu tidak mencukupi untuk menjelaskannya, dan dalam hal demikian ia hendaklah dikurangkan mengikut kadar yang sama rata antara mereka.

(6)

Peruntukan seksyen ini hendaklah berkuat kuasa walau apa pun apa-apa jua yang tidak selaras dengannya atau yang berlawanan dengannya dalam mana-mana undang-undang bertulis lain.

Section 128 — LABUAN FINANCIAL SERVICES AND SECURITIES ACT 2010