Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 35
(2)
Apa-apa dokumen yang melaluinya tawaran di bawah subseksyen 8(1) dibuat hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai suatu prospektus yang dikeluarkan oleh perbadanan itu, dan semua undang-undang bertulis dan rukun undang-undang tentang kandungan prospektus dan tentang liabiliti berkenaan dengan iklan dan pernyataan dan ketidakdedahan dalam prospektus, atau selainnya
Undang-Undang Malaysia 38
Akta 704
yang berhubungan dengan prospektus, hendaklah terpakai dan mempunyai kuat kuasa sewajarnya seolah-olah sekuriti itu telah ditawarkan di bawah subseksyen 8(1) dan seolah-olah orang yang menerima tawaran itu berkenaan dengan apa-apa sekuriti itu ialah pemohon beli baginya tetapi tanpa menjejaskan liabiliti, jika ada, orang yang membuat tawaran itu berkenaan dengan pernyataan atau ketidakdedahan dalam dokumen itu atau selainnya.
(3)
Bagi maksud Akta ini, melainkan jika sebaliknya dibuktikan, hendaklah menjadi keterangan bahawa suatu pengumpukan, atau suatu perjanjian untuk mengumpukkan, sekuriti telah dibuat oleh suatu perbadanan dengan tujuan untuk menawarkan sekuriti itu di bawah subseksyen 8(1) jika ditunjukkan—
(a)
bahawa suatu tawaran sekuriti di bawah subseksyen 8(1)
telah dibuat dalam masa enam bulan selepas pengumpukan atau perjanjian untuk mengumpukkan itu; atau
(b)
bahawa pada tarikh tawaran sekuriti di bawah subseksyen 8(1) dibuat, keseluruhan balasan yang hendaklah diterima oleh perbadanan itu berkenaan dengan sekuriti itu telah tidak diterima sedemikian.
(4)
Kehendak Bahagian ini tentang prospektus hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah orang yang membuat tawaran yang dimaksudkan oleh seksyen ini ialah orang yang dinamakan dalam sesuatu prospektus sebagai pengarah sesuatu perbadanan.
(5)
Sebagai tambahan kepada pematuhan kehendak lain dalam Bahagian ini, dokumen yang membuat tawaran hendaklah menyatakan—
(a)
amaun bersih balasan yang diterima atau yang akan diterima oleh perbadanan yang membuat tawaran berkenaan dengan sekuriti yang dimaksudkan oleh tawaran itu; dan
(b)
tempat dan masa bagi kontrak yang di bawahnya sekuriti itu telah atau akan diumpukkan boleh diperiksa.
(6)
Jika suatu tawaran yang dimaksudkan oleh seksyen ini dibuat oleh perbadanan, adalah mencukupi jika dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) itu ditandatangani bagi pihak perbadanan itu oleh dua orang pengarah perbadanan itu dan mana-mana pengarah sedemikian boleh memberikan kuasa kepada ejennya secara bertulis untuk menandatangan bagi pihaknya.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 39
Persetujuan pakar terhadap pengeluaran prospektus yang mengandungi pernyataan olehnya