Malaysia legislation
Section 144
Seksyen 144
(a)
fungsi sesuatu bursa atau jawatankuasanya;
(b)
fungsi mana-mana jawatankuasa kecil yang ditubuhkan oleh jawatankuasa yang disebut dalam perenggan (a);
atau
(c)
fungsi pegawai prinsipal, tidak kira dengan apa jua nama dipanggil, yang bertanggungjawab bagi penjalanan perniagaan dan operasi sesuatu bursa atau mana-mana jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Undang-Undang Malaysia 158
Akta 704
(2)
Selagi perintah penggantungan itu berkuat kuasa, peruntukan yang berikut hendaklah terpakai:
(a)
tiada satu pun fungsi yang dengannya perintah itu adalah berhubungan boleh dilaksanakan oleh bursa atau jawatankuasa itu atau mana-mana jawatankuasa kecil yang ditubuhkan oleh jawatankuasa itu atau oleh mana-mana pegawai bursa atau jawatankuasa itu atau mana-mana jawatankuasa kecil itu;
(b)
apa-apa fungsi yang baginya perenggan (a) terpakai boleh dilaksanakan oleh mana-mana orang yang hendaklah ditentukan dalam perintah itu berhubung dengan fungsi itu; dan
(c)
orang atau badan yang disebut dalam perenggan (a) tidak boleh, dengan perbuatan atau peninggalan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, mempengaruhi cara fungsi yang disebut dalam perintah itu dilaksanakan melainkan jika orang yang disebut dalam perenggan (b)
meminta bantuan orang atau badan itu.
(3)
Tertakluk pada subseksyen (6), sesuatu perintah penggantungan hendaklah terus berkuat kuasa bagi apa-apa tempoh, yang merupakan tempoh yang tidak melebihi enam bulan, sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu.
(4)
Sesuatu perintah penggantungan atau mana-mana pelanjutannya di bawah subseksyen (6) hendaklah berkuat kuasa apabila salinan perintah atau notis pelanjutan itu disampaikan di bawah perenggan (7)(a)
kepada bursa itu, jawatankuasa atau jawatankuasa kecil yang ditubuhkan oleh jawatankuasa yang dengannya perintah itu berhubungan.
(5)
Tanpa menjejaskan subseksyen (4), jika perintah penggantungan dibuat atau perintah itu dilanjutkan di bawah subseksyen (6),
Lembaga hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, menyerahkan suatu salinan perintah itu atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, notis pelanjutannya, kepada pegawai prinsipal bursa itu, jawatankuasa atau jawatankuasa kecil yang ditubuhkan oleh jawatankuasa itu sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh
Lembaga dalam hal keadaan itu.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 159
(6)
Menteri boleh, atas syor Lembaga, melanjutkan tempoh yang dalamnya suatu perintah penggantungan terus berkuat kuasa bagi apa-apa tempoh lanjut yang setiapnya tidak boleh melebihi tiga bulan.
(7)
Jika suatu perintah penggantungan dibuat atau dilanjutkan di bawah seksyen ini, Lembaga hendaklah—
(a)
dengan serta-merta menyampaikan suatu salinan perintah atau notis bertulis mengenai pelanjutan itu kepada bursa itu, jawatankuasa atau jawatankuasa kecil yang dengannya perintah itu berhubungan; dan
(b)
menyebabkan supaya perintah penggantungan atau notis pelanjutan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, disiarkan dalam Warta.
(8)
Mana-mana orang yang melanggar perintah penggantungan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(9)
Bagi maksud seksyen ini, “pegawai prinsipal” termasuklah seseorang, tidak kira dengan apa jua nama dipanggil, sama ada dia sendiri atau bersesama dengan seorang yang lain atau dengan lebih daripada seorang yang lain, bertanggungjawab bagi perkara-perkara yang berhubungan dengan penyenaraian, pelesenan, sekuriti atau urus niaga di bursa itu atau dalam jawatankuasa itu.
Kuasa Lembaga