Malaysia legislation
Section 154
Seksyen 154
(2)
Maklumat disiarkan kepada awam jika—
(a)
maklumat itu disiarkan mengikut kaedah-kaedah bursa bagi maksud memaklumkan pelabur dan penasihat profesional mereka;
(b)
maklumat itu terkandung dalam rekod yang menurut kuasa undang-undang terbuka untuk pemeriksaan orang awam;
(c)
maklumat itu boleh diperoleh dengan mudah oleh seseorang yang berkemungkinan berurus niaga apa-apa sekuriti, atau dengan mana-mana penerbit sekuriti, yang dengannya maklumat itu berhubungan; atau
(d)
maklumat itu didapatkan daripada maklumat yang telah disiarkan kepada awam.
(3)
Maklumat boleh dikira sebagai telah disiarkan kepada awam walaupun—
(a)
maklumat itu boleh diperoleh hanya oleh orang yang menggunakan usaha wajar atau kepakaran;
(b)
maklumat itu disampaikan kepada suatu bahagian orang awam dan bukan kepada semua orang awam secara amnya;
(c)
maklumat itu boleh diperoleh hanya melalui pemerhatian;
(d)
maklumat itu disampaikan hanya dengan pembayaran fi;
atau
(e)
maklumat itu disiarkan hanya di luar Labuan.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 167
Kecualian