Malaysia legislation
Section 155
Seksyen 155
(a)
suatu pemerolehan atau pelupusan sekuriti atau penyampaian maklumat yang dijalankan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan skim perkiraan, pembentukan semula dan pengambilalihan yang berhubungan dengan perbadanan;
(b)
suatu pusat penjelasan yang memperoleh atau melupuskan sekuriti bagi maksud penyelesaian suatu kontrak pasaran atau berhubung dengan apa-apa prosiding atau tindakan lain yang berhubungan dengan penyelesaian kontrak pasaran jika perolehan atau pelupusan sekuriti itu dilaksanakan mengikut kaedah-kaedah pusat penjelasan;
(c)
suatu bursa saham berhubung dengan suatu penjualan atau pembelian sekuriti yang bursa saham itu bertindak atas arahan daripada suatu pusat penjelasan;
(d)
penebusan unit bagi sesuatu skim pelaburan kolektif oleh pemegang amanah atau pengurus di bawah suatu surat ikatan amanah yang berhubungan dengan skim pelaburan kolektif itu mengikut waad pembelian balik yang terkandung atau disifatkan terkandung dalam surat ikatan amanah itu pada harga yang dikehendaki oleh surat ikatan amanah itu supaya dikira, setakat yang boleh dilaksanakan dengan munasabah, dengan merujuk kepada nilai dasar aset itu ditolak—
(i)
apa-apa liabiliti bagi skim pelaburan kolektif yang dengannya unit itu berhubungan; dan
(ii)
apa-apa caj munasabah bagi pembelian saham itu;
(e)
memohon beli, atau membeli, sekuriti di bawah suatu perjanjian pengunderaitan atau perjanjian subpengunderaitan dan termasuk membuat perjanjian sedemikian atau menjual sekuriti yang dipohon beli, atau dibeli, di bawah perjanjian sedemikian;
Undang-Undang Malaysia 168
Akta 704
(f)
penjualan atau pembelian sekuriti menurut kehendak yang dikenakan oleh Kerajaan, badan berkanun atau mana-mana pihak berkuasa pengawalseliaan, atau apa-apa kehendak yang dikenakan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau perintah mahkamah; dan
(g)
penyampaian maklumat menurut kehendak yang dikenakan oleh Kerajaan, badan berkanun atau mana-mana badan pengawalseliaan atau apa-apa kehendak yang dikenakan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau perintah mahkamah.