Malaysia legislation

Section 156

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI LABUAN 2010

Seksyen 156

(2)

Lembaga boleh, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut, melalui pemberitahuan dalam Warta, mengisytiharkan atau mengiktirafkan bahawa sesuatu perbadanan atau organisasi hendaklah menjadi suatu organisasi kawal selia sendiri berhubung dengan suatu sektor atau industri tertentu, atau mana-mana bahagiannya, jika Lembaga berpuas hati bahawa perbadanan atau organisasi itu—

(a)

mempunyai perlembagaan dan kaedah-kaedah dan dasar dalaman yang selaras dengan Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai bagi sektor atau industri itu, atau sebahagian daripadanya;

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 169

(b)

mempunyai kapasiti dan sumber kewangan dan pentadbiran yang perlu atau wajar untuk menjalankan fungsinya dan fungsi pengawalseliaan atau penyeliaan yang akan dilaksanakannya sebagai suatu organisasi kawal selia sendiri, termasuklah menguruskan pelanggaran undang-undang atau pelanggaran standard dan garis panduan yang terpakai;

(c)

tidak membeza-bezakan secara tidak munasabah seseorang dalam menawarkan akses kepada perkhidmatannya atau dalam menjalankan fungsinya sebagai organisasi kawal selia sendiri;

(d)

diuruskan atau dikawal oleh pegawai atau orang yang mengawal yang merupakan orang yang layak dan sesuai di bawah Akta ini; dan

(e)

memenuhi apa-apa kriteria yang ditentukan dalam kaedah-kaedah yang ditetapkan oleh Lembaga.

(3)

Lembaga boleh, melalui perkiraan bertulis, mewakilkan kuasa atau fungsi Lembaga kepada sesuatu organisasi kawal selia sendiri.

(4)

Sesuatu perkiraan di bawah subseksyen (3), hendaklah mengadakan peruntukan bagi—

(a)

mana-mana kuasa atau fungsi yang diwakilkan kepada organisasi kawal selia sendiri oleh Lembaga di bawah subseksyen (3);

(b)

terma dan syarat yang atasnya kuasa atau fungsi itu telah diwakilkan dan boleh dijalankan oleh organisasi kawal selia sendiri;

(c)

orang yang diberi kuasa untuk menjalankan kuasa atau fungsi yang diwakilkan itu bagi pihak organisasi kawal selia sendiri; dan

(d)

pengemukaan laporan berkala kepada Lembaga berkenaan dengan penjalanan kuasa atau fungsi yang diwakilkan oleh organisasi kawal selia sendiri.

Undang-Undang Malaysia 170

Akta 704

Kaedah-kaedah organisasi kawal selia sendiri