Malaysia legislation

Section 168

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI LABUAN 2010

Seksyen 168

(a)

memberikan notis bertulis kepada entiti berlesen itu mengenai alasan yang berdasarkannya Lembaga berniat berbuat demikian;

(b)

memberi entiti berlesen itu peluang untuk membuat representasi bertulis kepada Lembaga dalam tempoh tiga puluh hari selepas penerimaan notis itu; dan

(c)

menimbangkan representasi itu.

(2)

Jika Lembaga membatalkan apa-apa lesen atau pendaftaran di bawah seksyen 167, Lembaga hendaklah memberikan notis bertulis kepada entiti berlesen itu mengenai pembatalan itu dan pembatalan itu hendaklah berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalam notis itu.

(3)

Jika pembatalan itu adalah mengenai suatu lesen bank atau lesen insurans, Lembaga hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, menyiarkan dalam satu akhbar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dan satu akhbar kewangan antarabangsa suatu notis mengenai pembatalan lesen bank atau lesen insurans itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah seksyen ini tetapi apa-apa kelengahan dalam menyiarkan notis itu atau kegagalan untuk menyiarkan notis itu tidaklah dengan apa-apa cara menjejaskan kesahan pembatalan itu.

Undang-Undang Malaysia 178

Akta 704

(4)

Jika pembatalan itu adalah mengenai pendaftaran suatu syarikat amanah Labuan, sebagai tambahan kepada subseksyen (1)

dan (2)—

(a)

atas permintaan bagi pembatalan, syarikat amanah Labuan itu hendaklah memuaskan hati Lembaga bahawa ia telah membuat peruntukan yang mencukupi berkenaan dengan semua liabilitinya dan hendaklah juga menetapkan tarikh yang pembatalan itu akan berkuat kuasa; dan

(b)

syarikat amanah Labuan itu hendaklah, tidak lewat daripada dua puluh satu hari sebelum tarikh yang ditetapkan di bawah perenggan (4)(a), menyiarkan suatu iklan mengenai pembatalan pendaftarannya yang dicadangkan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar Malaysia yang diedarkan secara meluas dan satu akhbar kewangan antarabangsa.

Penyerahan balik lesen atau pendaftaran