Malaysia legislation

Section 172

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI LABUAN 2010

Seksyen 172

(2)

Kesemua atau mana-mana bahagian perniagaan pemindah boleh dipindahkan kepada penerima pemindahan jika pemindahan itu dilaksanakan melalui skim di bawah seksyen ini.

Undang-Undang Malaysia 182

Akta 704

(3)

Skim di bawah seksyen ini tidak boleh mengadakan peruntukan mengenai perniagaan pemindah yang hendak dipindahkan kepada orang yang belum lagi berdaftar untuk menjalankan perniagaan itu di bawah Akta ini atau yang belum lagi wujud kecuali apabila diperuntukkan secara nyata dalam skim itu bahawa skim itu hendaklah hanya mula berkuat kuasa apabila orang itu telah dilesenkan.

(4)

Skim di bawah seksyen ini boleh termasuk peruntukan mengenai perkara yang bersampingan dengan pemindahan yang dilaksanakan itu dan peruntukan bagi melaksanakan pemindahan itu, dan secara khususnya boleh termasuk peruntukan mengenai—

(a)

apa-apa harta, hak atau liabiliti pemindahan itu termasuklah aset yang mengandungi dana insurans (dalam hal pemindahan perniagaan insurans), untuk meletak hak, menurut skim itu dan tanpa jaminan lanjut, pada penerima pemindahan;

(b)

dalam hal pemindahan perniagaan insurans, pendaftaran polisi yang dipindahkan oleh penerima pemindahan, bagi amaun yang akan dimasukkan berkenaan dengan polisi itu ke dalam dana insurans penerima pemindahan dan, bagi apa-apa perkara lain yang berbangkit di bawah Akta ini daripada pemindahan itu;

(c)

penerusan apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap penerima pemindahan atau terhadap pemindah;

(d)

pembubaran tanpa penggulungan, pemindah; atau

(e)

apa-apa perkara yang bersampingan, berbangkit atau tambahan yang perlu untuk menjamin bahawa skim itu boleh dijalankan sepenuhnya dan dengan berkesan.

(5)

Skim di bawah seksyen ini tidak mempunyai kesan melainkan jika ia diluluskan terlebih dahulu oleh Lembaga dan kemudiannya disahkan oleh Mahkamah.

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 183

(6)

Peruntukan yang berikut hendaklah terpakai berkenaan dengan tiap-tiap skim:

(a)

pemindah hendaklah mengemukakan kepada Lembaga suatu salinan laporan, berserta dengan salinan laporan, jika ada, yang menyatakan terma skim itu;

(b)

setiap pihak kepada skim itu hendaklah, tidak lewat daripada satu bulan selepas salinan skim itu dikemukakan kepada

Lembaga, menyebabkan supaya disiarkan dalam tidak kurang daripada dua akhbar harian yang diluluskan oleh Lembaga suatu notis, yang mengandungi apa-apa butir yang ditentukan, mengenai hasrat untuk membuat apa-apa permohonan kepada

Mahkamah bagi pengesahan skim itu; dan

(c)

setiap pihak kepada skim itu hendaklah, bagi tempoh lima belas hari selepas penyiaran notis yang disebut dalam perenggan (b), menyimpan suatu salinan skim itu di pejabatnya di Labuan dan salinan tersebut hendaklah terbuka untuk pemeriksaan oleh kesemua anggotanya dan pemunya polisi yang terjejas oleh skim itu.

(7)

Sebagai tambahan kepada subseksyen (6), berkenaan dengan skim bagi pemindahan perniagaan insurans, peruntukan yang berikut hendaklah terpakai:

(a)

laporan aktuari, jika ada, hendaklah diserahkan berserta dengan salinan skim itu;

(b)

pemindah hendaklah mengemukakan kepada Lembaga suatu laporan yang mencukupi untuk menunjukkan pendapat aktuari itu mengenai kesan yang bermungkinan daripada skim itu terhadap pemunya polisi pihak-pihak kepada skim berkenaan dengan apa-apa pemindahan perniagaan insurans nyawa;

(c)

setiap pihak kepada skim itu hendaklah mengemukakan suatu salinan dan laporan yang disebut dalam perenggan (b) kepada mana-mana orang yang meminta salinan itu pada bila-bila masa sebelum Mahkamah mengesahkan skim itu; dan

(d)

Lembaga boleh menyebabkan suatu laporan skim dibuat oleh aktuari yang bebas daripada pihak-pihak kepada skim itu dan, jika Lembaga berbuat demikian, hendaklah menyebabkan suatu salinan laporan itu dihantar kepada setiap pihak itu.

Undang-Undang Malaysia 184

Akta 704

(8)

Salinan apa-apa skim dan apa-apa laporan yang disebut dalam subseksyen (6) dan (7), atau ringkasannya yang diluluskan oleh Lembaga, hendaklah, kecuali setakat yang Mahkamah, apabila dibuat permohonan bagi pihak itu, mengarahkan selainnya, dihantar oleh setiap pihak kepada skim itu kepada setiap pemunya polisinya yang terjejas oleh skim itu.

(9)

Pihak kepada skim itu hendaklah bertanggungan secara bersesama atau berasingan untuk membayar balik kepada Lembaga apa-apa kos atau perbelanjaan yang dilakukan oleh Lembaga di bawah seksyen ini berkaitan dengan skim itu; dan skim itu hendaklah termasuk peruntukan mengenai liabiliti yang kena ditanggung antara pihak-pihak:

Dengan syarat bahawa jika Mahkamah telah membuat apa-apa perintah mengenai kos, kos yang hendaklah dibayar balik kepada

Lembaga tidak boleh melebihi amaun yang dinyatakan dalam perintah itu.

(10)

Lembaga boleh meluluskan atau menolak skim itu.

(11)

Selepas sesuatu skim diluluskan oleh Lembaga di bawah subseksyen (10), suatu permohonan boleh dibuat secara bersesama kepada mahkamah melalui saman pemula ex parte oleh pihak-pihak kepada skim itu bagi apa-apa perintah Mahkamah untuk mengesahkan skim yang diluluskan itu dan untuk memudahkan atau membolehkan skim itu dilaksanakan.

(12)

Suatu permohonan kepada Mahkamah berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkaitan dengan skim itu boleh, pada bila-bila masa sebelum pengesahan skim itu oleh mahkamah, dibuat oleh Lembaga atau oleh mana-mana orang yang pada pendapat

Mahkamah berkemungkinan terjejas oleh skim itu.

(13)

Mahkamah boleh mengesahkan sesuatu skim dengan atau tanpa ubah suaian atau boleh menolak untuk mengesahkan skim itu.

(14)

Skim yang tidak disahkan oleh Mahkamah di bawah subseksyen (13) hendaklah berkuat kuasa mengikut maksudnya walau apa pun apa-apa yang terkandung dalam seksyen yang terdahulu dan hendaklah mengikat mana-mana orang yang terjejas olehnya.

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 185

(15)

Apabila skim disahkan, setiap pihak kepada skim itu hendaklah, melainkan jika ia syarikat yang tidak diperbadankan memfailkan suatu salinan skim itu dengan Lembaga dan dengan pihak berkuasa kawal selia dalam negara penubuhannya atau negara asalnya.

(16)

Penerima pemindahan hendaklah, dalam tempoh satu bulan selepas skim itu berkuat kuasa, mengemukakan kepada Lembaga—

(a)

pernyataan aset dan liabiliti setiap pihak kepada skim itu, pada masa sebaik sebelum pemindahan itu, yang ditandatangani bagi pihak-pihak itu;

(b)

suatu salinan skim itu yang disahkan oleh Mahkamah dan salinan termeterai perintah Mahkamah yang mengesahkan skim itu; dan

(c)

suatu perisytiharan yang dibuat oleh pengerusi lembaga pengarah penerima pemindahan, atau oleh pegawai prinsipalnya di Labuan, yang menyatakan dengan lengkap tiap-tiap bayaran yang dibuat atau akan dibuat kepada mana-mana orang oleh sebab pemindahan itu, dan yang menyatakan, setakat yang dipercayainya, tiada apa-apa bayaran melampaui yang dinyatakan telah, atau akan, dibuat oleh sebab pemindahan itu atau dengan diketahui oleh pihak-pihak kepada skim itu.

(17)

Pemindah hendaklah mengemukakan, dalam tempoh tiga puluh hari dari perintah Mahkamah dibuat di bawah subseksyen (11), suatu salinan disahkan perintah itu berserta dengan salinan disahkan skim itu yang diluluskan oleh Lembaga di bawah subseksyen (10), dengan pihak berkuasa yang patut, jika ada, yang berkaitan dengan pendaftaran atau perekodan urus niaga mengenai apa-apa harta alih atau kepentingan mengenai harta alih yang dipindahkan menurut perintah itu.

(18)

Jika suatu perintah Mahkamah di bawah subseksyen (11)

meletak hak apa-apa tanah beri hakmilik, atau apa-apa syer atau kepentingan mengenai apa-apa tanah beri hakmilik pada penerima pemindahan—

(a)

Mahkamah hendaklah, jika tanah beri hakmilik itu di Semenanjung Malaysia, menurut subseksyen 420(2)

*Kanun Tanah Negara [Akta 56 tahun 1965], menyebabkan

*CATATAN—Kanun Tanah Negara [Akta 56 tahun 1965] telah disemak dan dinamakan sebagai

Kanun Tanah Negara [Semakan-2020] [Akta 828] yang mula berkuat kuasa pada 15 Oktober 2020.

Undang-Undang Malaysia 186

Akta 704

suatu salinan perintah itu diserahkan kepada Pendaftar

Hakmilik atau Pentadbir Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebaik selepas pembuatan perintah itu supaya Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, melaksanakan peruntukan subseksyen 420(2), (3) dan (4);

(b)

jika tanah beri hakmilik itu di Sabah, penerima pemindahaan itu hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas perintah itu dibuat, mengeluarkan suatu salinan disahkan perintah itu kepada Pendaftar bagi pendaftaran peletakhakan tanah beri hakmilik itu atau bahagian atau kepentingan mengenai tanah beri hakmilik itu kepada penerima pemindahan itu sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Ordinan Tanah Sabah [Sabah Bab 68]; atau

(c)

jika tanah beri hakmilik itu di Sarawak, penerima pemindahan itu hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas perintah itu dibuat, mengeluarkan salinan disahkan perintah itu kepada Pendaftar bagi pendaftaran peletakhakan tanah beri hakmilik atau mengenai bahagian atau kepentingan mengenai tanah beri hakmilik itu, kepada penerima pemindahan, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tanah Sarawak

[Sarawak Bab 81].

(19)

Suatu perintah Mahkamah di bawah subseksyen (11)

boleh berkaitan dengan apa-apa harta atau perniagaan pemindah di luar Malaysia dan, jika ia berkaitan sedemikian, kuat kuasa boleh diberikan sama ada mengikut apa-apa perkiraan timbal balik berhubung dengan penguatkuasaan penghakiman yang mungkin wujud antara Malaysia dengan negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia di mana harta atau perniagaan itu berada, atau jika tiada perkiraan sedemikian, mengikut undang-undang yang terpakai di negara, wilayah atau tempat itu.

(20)

Dalam seksyen ini, “pihak-pihak kepada skim itu” ertinya pemindah dan penerima pemindahan, dan “pihak-pihak kepada sesuatu skim” hendaklah ditafsirkan sewajarnya.

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 187

Audit dalaman

Section 172 — LABUAN FINANCIAL SERVICES AND SECURITIES ACT 2010