Malaysia legislation
Section 173
Seksyen 173
(2)
Juruaudit dalaman yang dilantik oleh pemegang lesen bank atau pemegang lesen insurans untuk menjalankan audit dalaman ke atas buku dan operasinya di bawah subseksyen (1) hendaklah bagi maksud Bahagian ini disifatkan sebagai seorang pegawai pemegang lesen bank atau pemegang lesen insurans masing-masingnya dan hendaklah, pada setiap masa, tertakluk pada seksyen 178.
(3)
Audit dalaman boleh dijalankan oleh mana-mana orang kecuali juruaudit luaran pemegang lesen bank atau pemegang lesen insurans itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah seksyen 174.
(4)
Seseorang juruaudit dalaman hendaklah dengan segera melaporkan kepada Lembaga jika, dalam perjalanan kewajipannya sebagai juruaudit dalaman pemegang lesen bank atau pemegang lesen insurans, dia berpuas hati bahawa—
(a)
telah berlaku suatu pelanggaran peruntukan Akta ini atau bahawa suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis telah dilakukan oleh pemegang lesen bank atau pemegang lesen insurans itu atau oleh mana-mana pegawai atau pekerjanya; atau
(b)
apa-apa ketidakteraturan yang menjejaskan kepentingan pemiutang pemegang lesen bank atau pemegang lesen insurans itu, atau, dalam hal pemegang lesen insurans, kepentingan pemunya polisi, atau apa-apa ketidakteraturan serius yang lain, telah berlaku.
(5)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Undang-Undang Malaysia 188
Akta 704
Juruaudit luar