Malaysia legislation

Section 175

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI LABUAN 2010

Seksyen 175

(2)

Tiap-tiap entiti berlesen dan pengarahnya hendaklah menyebabkan catatan yang sewajarnya dibuat dalam rekod perakaunan dan rekod lain entiti berlesen itu dalam tempoh enam puluh hari selepas selesainya transaksi yang berhubungan dengannya.

(3)

Menjadi wajib bagi rekod perakaunan dan rekod lain entiti berlesen disimpan di pejabat berdaftar entiti berlesen itu atau di mana-mana tempat di Labuan yang difikirkan patut oleh pengarah entiti berlesen itu dan rekod perakaunan dan rekod lain itu hendaklah pada setiap masa dibuka untuk pemeriksaan oleh mana-mana pengarah dan hendaklah disimpan mengikut apa-apa cara bagi membolehkan rekod-rekod itu diaudit dengan mudah dan sepatutnya.

(4)

Lembaga boleh, dalam mana-mana hal tertentu, mengarahkan supaya rekod perakaunan dan rekod lain sesuatu entiti berlesen dibuka untuk pemeriksaan juruaudit yang bertindak bagi pihak seorang pengarah, tetapi hanya atas suatu aku janji secara bertulis bahawa maklumat yang diperoleh oleh juruaudit semasa pemeriksaannya itu tidak boleh didedahkan kepadanya kecuali kepada pengarah itu.

(5)

Mana-mana pengarah sesuatu entiti berlesen yang tidak mengambil segala langkah munasabah untuk memastikan pematuhan kehendak seksyen ini oleh entiti berlesen itu, atau seorang pengarah yang dengan tindakan sengajanya telah menyebabkan keingkaran oleh entiti berlesen itu di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

(6)

Bagi maksud seksyen ini, “rekod perakaunan dan rekod lain” hendaklah termasuk, jika berkenaan, yang berikut:

(a)

semua jumlah wang yang diterima dan dibelanjakan oleh entiti berlesen dan perkara-perkara yang berkenaan dengannya penerimaan dan perbelanjaan itu telah dibuat;

Undang-Undang Malaysia 190

Akta 704

(b)

semua jualan dan belian barangan oleh entiti berlesen itu;

(c)

aset dan liabiliti entiti berlesen itu; dan

(d)

semua buku dan rekod yang berkaitan yang ditentukan oleh Lembaga.

(7)

Walau apa pun subseksyen (3), Lembaga boleh secara bertulis membenarkan sesuatu entiti berlesen untuk menyimpan rekod perakaunan dan rekod lain di luar Labuan dengan syarat bahawa entiti berlesen itu hendaklah juga menyenggarakan akaun dan rekod yang menunjukkan kedudukan kewangannya dengan semunasabahnya tepat dan akaun dan rekod itu dikemaskinikan sekali dalam tiap-tiap enam bulan di Labuan.

Wang atau harta lain daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang

Section 175 — LABUAN FINANCIAL SERVICES AND SECURITIES ACT 2010