Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
(a)
bayaran minimum telah dibayar; dan
(b)
jumlah wang yang kena dibayar atas permohonan sekuriti yang dimohon beli itu telah diterima oleh perbadanan itu, tetapi jika suatu cek bagi jumlah wang yang kena dibayar itu telah diterima oleh perbadanan itu, jumlah wang itu hendaklah disifatkan tidak diterima oleh perbadanan itu sehinggalah cek itu dibayar oleh bank yang mengeluarkannya.
(2)
Bayaran minimum itu hendaklah—
(a)
dikira berdasarkan harga yang padanya sekuriti itu ditawarkan atau akan ditawarkan; dan
(b)
dihitung tanpa mengira apa-apa amaun yang kena dibayar selain dengan wang tunai.
(3)
Amaun yang kena dibayar atas permohonan setiap sekuriti yang ditawarkan hendaklah tidak kurang daripada lima peratus daripada harga yang padanya sekuriti itu ditawarkan atau akan ditawarkan.
(4)
Apa-apa syarat yang menghendaki atau yang mengikat mana-mana pemohon bagi sekuriti supaya menepikan pematuhan apa-apa kehendak seksyen ini adalah tidak sah.
(5)
Tiada perbadanan boleh menerbitkan atau mengumpukkan, dan tiada pegawai atau penaja sesuatu perbadanan boleh membenarkan atau mengizinkan supaya diterbitkan atau diumpukkan, sekuriti di bawah subseksyen 8(1) berdasarkan suatu prospektus selepas habis tempoh enam bulan dari pengeluaran prospektus itu.
Undang-Undang Malaysia 46
Akta 704
(6)
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Wang permohonan hendaklah dipegang atas amanah sehingga penerbitan atau pengumpukan