Malaysia legislation
Section 201
Seksyen 201
Pemansuhan, pengecualian dan peralihan
(2)
Akta Syarikat Amanah Labuan 1990 [Akta 442], Akta Bank
Luar Pesisir 1990 [Akta 443], Akta Insurans Luar Pesisir 1990
[Akta 444] dan Akta Perindustrian Sekuriti Luar Pesisir Labuan 1998 (“Akta yang dimansuhkan”) dimansuhkan bermula dari tarikh kuat kuasa.
(3)
Walau apa pun subseksyen (1)—
(a)
semua—
(i)
peraturan, perintah, arahan, pemberitahuan, pengecualian dan perundangan subsidiari lain, tidak kira dengan apa jua nama dipanggil; dan
(ii)
semua kelulusan, arahan, keputusan, pemberitahuan, pengecualian dan tindakan eksekutif lain, tidak kira dengan apa jua nama dipanggil, yang dibuat, diberikan atau dilakukan di bawah atau mengikut, atau menurut kuasa Akta yang dimansuhkan hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat, diberikan, atau, dilakukan di bawah, atau mengikut, atau menurut kuasa, peruntukan yang bersamaan Akta ini, dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya berhubungan dengan orang yang baginya ia terpakai sehinggalah dipinda, dimansuhkan, diungkai, dibatalkan atau digantikan di bawah, mengikut atau menurut kuasa, peruntukan yang bersamaan Akta ini;
Undang-Undang Malaysia 206
Akta 704
(b)
tiap-tiap arahan, notis, garis panduan atau pekeliling yang dikeluarkan oleh Lembaga atau Menteri di bawah
Akta yang dimansuhkan sebelum tarikh kuat kuasa dan berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh kuat kuasa itu, hendaklah disifatkan sebagai telah dikeluarkan menurut undang-undang di bawah Akta ini berhubungan dengan peruntukan tertentu Akta ini yang bersamaan dengan perkara yang diperkatakan dalam arahan, notis, garis panduan atau pekeliling itu dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya sehingga dipinda, diungkai atau dimansuhkan di bawah
Akta ini;
(c)
apa-apa permohonan untuk kelulusan atau persetujuan, atau bagi apa-apa jua maksud lain, atau apa-apa rayuan yang berhubungan dengan permohonan itu, yang dibuat oleh mana-mana orang kepada Menteri atau kepada
Lembaga di bawah Akta yang dimansuhkan itu sebelum tarikh kuat kuasa, dan yang masih belum selesai sebaik sebelum tarikh kuat kuasa itu, hendaklah, jika terdapat peruntukan yang bersamaan dalam Akta ini, diuruskan seolah-olah ia dibuat di bawah peruntukan itu dan, jika peruntukan yang bersamaan sedemikian tidak ada dalam
Akta ini, permohonan atau rayuan itu hendaklah luput pada tarikh kuat kuasa; dan
(d)
segala transaksi atau urus niaga menurut undang-undang yang dilaksanakan atau dibuat menurut undang-undang, dan semua perniagaan yang dilakukan menurut undang-undang, di bawah atau mengikut Akta yang dimansuhkan oleh seseorang yang diluluskan atau didaftarkan di bawah Akta yang dimansuhkan, dengan mana-mana orang lain, hendaklah disifatkan sebagai telah dilaksanakan, dibuat, atau dilakukan, di bawah dan mengikut Akta ini, dan dengan sewajarnya, apa-apa hak atau liabiliti di bawah transaksi atau urus niaga itu, sebaik sebelum tarikh kuat kuasa, hendaklah disifatkan sebagai terus sah di sisi undang-undang dan sah di bawah Akta ini.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 207
(3)
Jika sesuatu sebutan dibuat dalam mana-mana undang-undang bertulis mengenai “Akta Perindustrian Sekuriti Luar Pesisir
Labuan 1998”, “Akta Syarikat Amanah Luar Pesisir 1990”,
“Akta Bank Luar Pesisir 1990”, dan “Akta Insurans Luar Pesisir 1990”, pada dan selepas tarikh ditetapkan, sebutan itu hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Bahagian yang berkaitan dalam Akta ini.
(4)
Tanpa menjejaskan keluasan perenggan di atas, Bursa
Kewangan Antarabangsa Labuan yang ditubuhkan oleh Menteri di bawah seksyen 30 Akta Perindustrian Sekuriti Luar Pesisir
Labuan 1998 yang dimansuhkan dan yang diluluskan dan diiktiraf sebaik sebelum tarikh kuat kuasa hendaklah disifatkan sebagai telah diluluskan di bawah peruntukan yang bersamaan
Akta ini.
(5)
Apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh
Menteri ke atas Bursa Kewangan Antarabangsa Labuan dan yang sedang berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh kuat kuasa hendaklah disifatkan sebagai syarat atau sekatan yang kepadanya kelulusan atau pengiktirafannya di bawah Akta ini adalah tertakluk.
(6)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (2) dan tertakluk pada peruntukan Akta ini, mana-mana orang yang memegang mana-mana lesen yang berikut atau dibenarkan untuk didaftarkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebaik sebelum tarikh kuat kuasa hendaklah, dari tarikh itu, disifatkan sebagai dilesenkan di bawah Akta ini berkenaan dengan aktiviti yang dijalankan olehnya di bawah lesen yang mula-mula disebut itu:
(a)
lesen pengurus yang diberikan di bawah Akta Perindustrian
Sekuriti Luar Pesisir Labuan 1998 yang dimansuhkan;
(b)
pentadbir yang didaftarkan di bawah Akta Perindustrian
Sekuriti Luar Pesisir Labuan 1998 yang dimansuhkan;
(c)
syarikat amanah yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat
Amanah Labuan 1990 yang dimansuhkan;
Undang-Undang Malaysia 208
Akta 704
(d)
lesen perbankan luar pesisir dan lesen perbankan pelaburan luar pesisir yang diberikan di bawah Akta
Bank Luar Pesisir 1990 yang dimansuhkan;
(e)
lesen insurans luar pesisir yang diberikan di bawah
Akta Insurans Luar Pesisir 1990 yang dimansuhkan.
(7)
Apa-apa syarat atau sekatan yang kepadanya mana-mana lesen atau pendaftaran yang disebut dalam subseksyen (6) adalah tertakluk sebaik sebelum tarikh kuat kuasa, setakat yang ia adalah selaras dengan peruntukan Akta ini, hendaklah disifatkan menjadi suatu syarat atau sekatan yang kepadanya lesen yang bersamaan yang disebut dalam subseksyen (6) hendaklah tertakluk.
Keberterusan hak, liabiliti lain, dsb., yang lain di bawah Akta yang dimansuhkan