Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
(a)
hendaklah menjalankan usaha yang munasabah untuk menentukan sama ada atau tidak aset syarikat peminjam dan setiap syarikat penjaminnya, yang ada atau mungkin ada sama ada sebagai cagaran atau selainnya, mencukupi, atau mungkin akan atau akan menjadi mencukupi, untuk menjelaskan hutang prinsipal jika dan apabila hutang itu kena dibayar;
(b)
hendaklah memuaskan hatinya bahawa setiap prospektus yang berhubungan dengan debentur itu tidak mengandungi apa-apa perkara yang tidak selaras dengan terma debentur itu atau dengan surat ikatan amanah yang berkaitan;
(c)
hendaklah menjalankan usaha yang munasabah untuk menentukan sama ada atau tidak syarikat peminjam itu dan setiap syarikat penjaminnya telah melakukan apa-apa pelanggaran terma, peruntukan atau waad debentur atau surat ikatan amanah itu;
Undang-Undang Malaysia 50
Akta 704
(d)
kecuali jika ia berpuas hati bahawa pelanggaran terma, peruntukan atau waad debentur atau surat ikatan amanah itu tidak akan memudaratkan secara material cagaran, jika ada, bagi debentur atau kepentingan pemegang debentur, hendaklah mengambil segala langkah dan melakukan semua perkara yang ia diberi kuasa untuk melakukan untuk menyebabkan syarikat peminjam itu dan mana-mana syarikat penjaminnya meremedikan apa-apa pelanggaran terma, peruntukan atau waad itu;
(e)
jika syarikat peminjam atau mana-mana syarikat penjaminnya, apabila dikehendaki sedemikian oleh pemegang amanah itu, tidak meremedikan apa-apa pelanggaran terma, peruntukan atau waad debentur atau surat ikatan amanah itu, hendaklah membentangkan perkara itu pada mesyuarat pemegang debentur, mengemukakan apa-apa cadangan bagi melindungi pelaburan mereka sebagaimana yang difikirkan perlu dan sesuai oleh pemegang amanah itu dan mendapatkan arahan pemegang debentur berhubung dengannya; dan
(f)
jika syarikat peminjam mengemukakan kepada pemegang debentur itu suatu kompromi atau perkiraan, hendaklah memberi mereka suatu pernyataan yang menerangkan kesan kompromi atau perkiraan itu dan, jika difikirkannya patut, mengesyorkan kepada mereka suatu perjalanan tindakan yang sesuai untuk diambil oleh mereka berhubung dengannya.
(2)
Jika, selepas siasatan wajar, pemegang amanah bagi pemegang debentur pada bila-bila masa berpendapat bahawa aset syarikat peminjam dan aset mana-mana syarikat penjaminnya yang ada atau sepatutnya ada, sama ada sebagai cagaran atau selainnya, tidak mencukupi atau mungkin tidak akan mencukupi untuk menjelaskan hutang prinsipal jika dan apabila hutang itu kena dibayar, pemegang amanah itu boleh menyerahkan suatu permohonan mengikut bentuk yang ditentukan kepada Lembaga untuk mendapatkan suatu arahan di bawah subseksyen ini dan
Lembaga boleh, atas permohonan itu, selepas memberi syarikat peminjam itu peluang untuk membuat representasi berhubung dengan permohonan itu, melalui arahan bertulis yang disampaikan kepada syarikat peminjam itu di pejabat berdaftarnya di Labuan, mengenakan apa-apa sekatan ke atas aktiviti syarikat peminjam itu, termasuk sekatan mengenai pengiklanan bagi mendapatkan
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 51
deposit atau pinjaman dan mengenai peminjaman oleh syarikat peminjam itu, sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Lembaga bagi melindungi kepentingan pemegang debentur, atau Lembaga boleh, dan jika syarikat peminjam itu menghendaki sedemikian hendaklah, mengarahkan pemegang amanah itu untuk menyerahkan suatu permohonan kepada Mahkamah bagi mendapatkan suatu perintah di bawah subseksyen (4) dan pemegang amanah itu hendaklah memohon dengan sewajarnya.
(3)
Jika—
(a)
selepas siasatan wajar, pemegang amanah bagi pemegang debentur pada bila-bila masa berpendapat bahawa aset syarikat peminjam itu dan aset mana-mana syarikat penjaminnya yang ada atau sepatutnya ada tidak mencukupi, atau mungkin tidak akan mencukupi, bagi menjelaskan hutang prinsipal jika dan apabila hutang itu kena dibayar; atau
(b)
syarikat itu telah melanggar atau tidak mematuhi sesuatu arahan yang dibuat oleh Lembaga di bawah subseksyen (2), pemegang amanah itu boleh, dan jika syarikat peminjam itu telah meminta pemegang amanah itu berbuat demikian, pemegang amanah itu hendaklah, memohon kepada Mahkamah bagi mendapatkan suatu perintah di bawah subseksyen (4).
(4)
Jika suatu permohonan diserahkan oleh pemegang amanah kepada Mahkamah di bawah subseksyen (2) atau (3), Mahkamah, selepas memberi syarikat peminjam itu peluang untuk didengar, boleh, melalui perintah, melakukan kesemua atau mana-mana perkara yang berikut, iaitu—
(a)
mengarahkan pemegang amanah itu supaya memanggil suatu mesyuarat pemegang debentur bagi maksud membentangkan di hadapan mereka apa-apa maklumat yang berhubungan dengan kepentingan mereka sebagaimana yang difikirkan perlu atau sesuai oleh pemegang amanah itu dan bagi maksud mendapatkan arahan mereka berhubung dengannya, dan memberikan apa-apa arahan berhubung dengan penjalanan mesyuarat itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah;
Undang-Undang Malaysia 52
Akta 704
(b)
menangguhkan kesemua atau apa-apa tindakan atau prosiding di hadapan mana-mana Mahkamah oleh atau terhadap syarikat peminjam itu;
(c)
menghalang pembayaran apa-apa wang oleh syarikat peminjam itu kepada pemegang debentur syarikat peminjam itu atau kepada mana-mana kelas pemegang debentur itu;
(d)
melantik seorang penerima bagi mana-mana harta yang menjadi cagaran, jika ada, bagi debentur itu atau mana-mana bahagiannya; atau
(e)
memberikan apa-apa arahan lanjut dari semasa ke semasa sebagaimana yang perlu untuk melindungi kepentingan pemegang debentur, anggota syarikat peminjam itu atau mana-mana syarikat penjaminnya atau orang awam, tetapi pada membuat apa-apa perintah sedemikian Mahkamah hendaklah mengambil kira hak kesemua pemiutang syarikat peminjam itu.
(5)
Mahkamah boleh mengubah atau membatalkan apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (4) sebagaimana yang difikirkannya patut.
(6)
Seseorang pemegang amanah pada membuat apa-apa permohonan kepada Lembaga atau Mahkamah hendaklah mengambil kira sifat dan jenis cagaran yang diberikan semasa debentur itu ditawarkan di bawah subseksyen 8(1), dan, jika tiada cagaran diberikan, hendaklah mengambil kira kedudukan pemegang debentur sebagai pemiutang tidak bercagar bagi syarikat peminjam itu.
(7)
Seseorang pemegang amanah boleh bergantung pada apa-apa perakuan atau laporan yang diberikan atau pernyataan yang dibuat oleh mana-mana peguam bela, juruaudit atau pegawai syarikat peminjam atau syarikat penjamin itu jika pemegang amanah itu mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa peguam bela, juruaudit atau pegawai itu berwibawa untuk memberikan atau membuat perakuan, laporan atau pernyataan itu.
(8)
Seksyen ini tidak terpakai bagi suatu tawaran atau pelawaan sekuriti di bawah subseksyen 8(5).
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 53
Obligasi pengarah syarikat peminjam