Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
(a)
pada akhir sesuatu tempoh yang tidak melebihi tiga bulan yang berakhir pada hari, yang tidak lewat daripada tarikh prospektus yang berkenaan, jika ada, atau tarikh debentur diterbitkan menurut surat ikatan amanah, yang pemegang amanah bagi pemegang debentur syarikat peminjam dikehendaki memberitahu syarikat peminjam itu secara bertulis; dan
(b)
pada akhir setiap tempoh yang berikutnya selepas itu, iaitu suatu tempoh selama tiga bulan atau apa-apa masa yang lebih singkat yang dibenarkan oleh pemegang amanah itu dalam apa-apa hal keadaan khas, menyediakan suatu laporan berhubung dengan tempoh itu dan yang mematuhi kehendak subseksyen (2) dan, dalam masa tiga puluh hari selepas berakhirnya setiap tempoh itu, menyerahkan suatu salinan laporan yang berhubungan dengan tempoh itu kepada
Lembaga dan kepada pemegang amanah itu.
(2)
Laporan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah ditandatangani oleh tidak kurang daripada dua orang pengarah bagi pihak kesemua pengarah dan hendaklah menyatakan secara terperinci apa-apa perkara yang memudaratkan cagaran atau kepentingan pemegang debentur dan, tanpa menyentuh keluasan yang terdahulu, hendaklah menyatakan—
(a)
sama ada atau tidak had amaun yang syarikat peminjam itu boleh meminjam telah dilebihi;
(b)
sama ada atau tidak syarikat peminjam itu dan setiap syarikat penjaminnya telah menuruti dan melaksanakan kesemua peruntukan dan waad yang mengikat mereka masing-masing melalui atau menurut debentur atau apa-apa surat ikatan amanah;
(c)
sama ada atau tidak apa-apa kejadian telah berlaku yang menyebabkan atau boleh menyebabkan debentur atau apa-apa peruntukan surat ikatan amanah yang berkenaan boleh dikuatkuasakan dan, jika demikian, butir-butir mengenai kejadian itu;
Undang-Undang Malaysia 54
Akta 704
(d)
sama ada atau tidak apa-apa hal keadaan yang menyentuh syarikat peminjam itu, subsidiarinya atau syarikat penjaminnya atau mana-mana daripadanya telah berlaku yang secara material menjejaskan apa-apa cagaran atau gadaian yang diwujudkan oleh debentur atau apa-apa surat ikatan amanah dan, jika demikian, butir-butir mengenai hal keadaan itu;
(e)
sama ada atau tidak telah terdapat apa-apa perubahan substansial pada jenis perniagaan syarikat peminjam itu atau mana-mana subsidiarinya atau mana-mana syarikat penjaminnya sejak debentur itu mula-mula diterbitkan di bawah subseksyen 8(1) yang dahulunya tidak dilaporkan sebagaimana yang dikehendaki oleh seksyen ini dan, jika demikian, butir-butir mengenai perubahan itu; dan
(f)
jika syarikat peminjam itu telah mendepositkan wang dengan, atau meminjamkan wang kepada, atau mengambil alih apa-apa liabiliti, sesuatu perbadanan yang menurut seksyen 4 Akta Syarikat Labuan 1990 disifatkan berkaitan dengan syarikat peminjam itu, butir-butir mengenai—
(i)
jumlah amaun yang telah didepositkan atau dipinjamkan sedemikian dan takat apa-apa liabiliti yang telah diambil alih sedemikian dalam tempoh yang diliputi oleh laporan itu; dan
(ii)
jumlah amaun yang terhutang kepada syarikat peminjam itu berkenaan dengan wang yang telah didepositkan atau dipinjamkan sedemikian dan takat apa-apa liabiliti yang telah diambil alih sedemikian pada akhir tempoh yang diliputi oleh laporan itu, dengan membezakan antara deposit, pinjaman dan pengambilalihan liabiliti yang bercagar dengan yang tidak bercagar, tetapi tidak termasuk apa-apa deposit dengan atau pinjaman kepada atau apa-apa liabiliti yang diambil alih bagi pihak sesuatu perbadanan jika perbadanan itu telah menjamin pembayaran balik debentur syarikat peminjam itu dan telah mengikat jaminan itu dengan suatu gadaian ke atas asetnya bagi faedah pemegang amanah bagi pemegang debentur syarikat peminjam itu.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 55
(3)
Jika terdapat pemegang amanah bagi pemegang apa-apa debentur yang diterbitkan oleh sesuatu syarikat peminjam, syarikat peminjam itu dan setiap syarikat penjamin yang telah menjamin pembayaran balik wang yang telah diperdapatkan melalui penerbitan debentur itu hendaklah, dalam tempoh dua puluh satu hari selepas pewujudan gadaian itu, memberi pemegang amanah bagi pihak pemegang debentur itu, sama ada atau tidak apa-apa tuntutan mengenainya telah dibuat, butir-butir bertulis mengenai apa-apa gadaian yang diwujudkan oleh perbadanan itu atau syarikat penjamin itu, mengikut kehendak keadaan, dan apabila amaun yang hendak didahulukan atas jaminan gadaian itu tidak tertentu dalam tempoh tujuh hari selepas pendahuluan itu, butir-butir mengenai amaun atau amaun-amaun yang sebenarnya didahulukan, tetapi jika apa-apa pendahuluan itu dicantumkan dalam suatu akaun semasa dengan jurubank atau pemiutang perdagangan, adalah mencukupi bagi butir-butir mengenai amaun bersih yang belum jelas berkenaan dengan apa-apa pendahuluan itu diberikan tiap-tiap tiga bulan.
(4)
Pengarah tiap-tiap syarikat peminjam yang telah menerbitkan debentur di bawah subseksyen 8(1), tidak termasuk yang dikecualikan di bawah subseksyen 8(5), dan pengarah tiap-tiap syarikat penjamin yang telah menjamin pembayaran balik wang yang diperdapatkan melalui penerbitan debentur hendaklah, pada sesuatu tarikh yang tidak lewat daripada sembilan bulan selepas habis tempoh setiap tahun kewangan syarikat peminjam itu, atau syarikat penjamin itu, menyebabkan supaya dibuat dan diserahkan kepada Lembaga dan kepada pemegang amanah itu suatu akaun untung rugi berserta dengan pernyataan terperinci mengenai liabiliti belum bayar di bawah debentur itu bagi tempoh mulai dari akhir tahun kewangan itu sehingga habis tempoh enam bulan selepas berakhirnya tahun kewangan itu dan suatu kunci kira-kira sebagaimana pada akhir tempoh yang dimaksudkan oleh akaun untung rugi itu.
(5)
Jika mana-mana syarikat penjamin, iaitu syarikat yang diperbadankan di mana-mana negeri atau wilayah yang dinamakan bagi maksud seksyen ini oleh Menteri, telah menyerahkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan di mana-mana negeri atau wilayah yang dinamakan itu suatu akaun untung rugi dan kunci kira-kira bagi tempoh yang berkenaan itu, ia hendaklah menjadi pematuhan yang mencukupi dengan kehendak subseksyen (4) jika, dengan persetujuan pemegang amanah, diserahkan kepada Lembaga dan pemegang amanah itu salinan diperakui bagi akaun untung rugi dan kunci kira-kira yang diserahkan sedemikian.
Undang-Undang Malaysia 56
Akta 704
(6)
Jika pengarah sesuatu syarikat peminjam tidak menyerahkan kepada pemegang amanah suatu laporan sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1), atau jika pengarah sesuatu syarikat peminjam atau pengarah syarikat penjaminnya tidak menyerahkan kepada Lembaga dan pemegang amanah akaun untung rugi, pernyataan terperinci dan kunci kira-kira sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (4) dalam masa yang ditentukan itu, pemegang amanah itu hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin, menyerahkan notis mengenai hakikat itu kepada
Lembaga.
(7)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (4)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
(8)
Seksyen ini tidak terpakai bagi suatu tawaran atau pelawaan sekuriti di bawah subseksyen 8(5).
Obligasi syarikat penjamin untuk memberikan maklumat