Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
(2)
Jika ternyata kepada pemegang amanah yang kepadanya suatu laporan diberikan oleh syarikat peminjam bahawa maksud atau projek itu telah tidak tercapai atau disempurnakan dalam masa yang dinyatakan dalam prospektus yang dalamnya maksud atau projek itu hendak dicapai atau disempurnakan atau, jika tiada masa sedemikian dinyatakan, dalam sesuatu masa yang munasabah, pemegang amanah itu boleh, dan, jika pada pendapatnya adalah perlu untuk melindungi kepentingan pemegang debentur itu, pemegang amanah itu hendaklah memberikan notis bertulis kepada syarikat peminjam itu menghendakinya membayar balik wang yang telah diterima sedemikian dan, dalam masa satu bulan selepas notis itu diberikan, menyerahkan suatu salinan notis itu kepada Lembaga.
(3)
Pemegang amanah tidak boleh memberikan notis di bawah subseksyen (2) jika ia berpuas hati—
(a)
bahawa maksud atau projek itu telah sebahagian besarnya tercapai atau disempurnakan;
(b)
bahawa kepentingan pemegang debentur itu telah tidak termudarat secara material oleh kegagalan mencapai atau menyempurnakan maksud atau projek itu dalam masa yang dinyatakan dalam prospektus atau dalam masa yang munasabah; atau
Undang-Undang Malaysia 58
Akta 704
(c)
bahawa kegagalan mencapai atau menyempurnakan maksud atau projek itu disebabkan oleh hal keadaan, selain kekurangan wang, yang di luar kawalan syarikat peminjam itu yang tidak dapat diramalkan dengan munasabah oleh syarikat peminjam itu pada masa prospektus itu dikeluarkan.
(4)
Seksyen ini tidak terpakai bagi suatu tawaran atau pelawaan sekuriti di bawah subseksyen 8(5).
Penahanan terbitan debentur terpohon beli berlebihan