Malaysia legislation

Section 27

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI LABUAN 2010

Seksyen 27

Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“pelabur” ertinya seseorang, termasuk penjaga dan pengunderait, yang merupakan pemunya sekuriti yang diterbitkan oleh suatu dana bersama tetapi tidak termasuk seseorang yang mengambil inisiatif untuk membentuk atau mengelolakan perniagaan dana bersama dan tidak ada pemunyaan dalam dana itu;

“pengendali”, berkenaan dengan suatu dana bersama, ertinya—

(a)

jika dana bersama itu ialah suatu perbadanan, seorang pengarah perbadanan itu;

(b)

jika dana bersama itu ialah suatu perkongsian terhad, seorang pekongsi am dalam perkongsian terhad itu;

(c)

jika dana bersama itu ialah suatu perkongsian liabiliti terhad, pekongsi ditetapkan dalam perkongsian liabiliti terhad itu; atau

(d)

jika dana bersama itu ialah suatu amanah saham, seorang pemegang amanah bagi amanah itu;

Undang-Undang Malaysia 60

Akta 704

“penaja” ertinya seseorang yang bertindak bersendirian atau bersama-sama dengan orang lain secara langsung atau tidak langsung yang mengambil inisiatif dalam membentuk atau mengelolakan perniagaan suatu dana bersama, tetapi tidak termasuk seorang penjaga atau seorang pengunderait yang menerima komisen pengunderaitan tanpa mengambil bahagian dalam penubuhan atau pengelolaan perniagaan dana bersama itu;

“dana awam berdaftar” ertinya suatu dana awam yang didaftarkan di bawah seksyen 33;

“syer” ertinya satu syer atau lebih dalam modal syer suatu syarikat dana bersama termasuk, dalam hal suatu syarikat berhad dengan jaminan, kepentingan seseorang anggota syarikat itu dan termasuklah suatu kepentingan dalam suatu perkongsian dana bersama dan suatu saham dalam suatu amanah saham dana bersama.

Subpenggal 1

DANA PERSENDIRIAN

Pemberitahuan oleh dana persendirian