Malaysia legislation
Section 42
Seksyen 42
Sesuatu permohonan bagi lesen untuk menjalankan perniagaan sebagai pengurus dana suatu dana awam hendaklah—
(a)
dibuat mengikut apa-apa bentuk yang ditentukan oleh
Lembaga; dan
(b)
disertai dengan—
(i)
butir-butir sumber kewangan dan manusia dan kemudahan pentadbiran yang ada pada pemohon bagi penjalanan perniagaannya dengan berwibawa dan cekap;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 69
(ii)
pernyataan mengenai yang berikut:
(aa) alamat tempat perniagaan pemohon dan alamatnya untuk penyampaian berhubungan dengan Labuan;
(bb) nama dan alamat seseorang di Labuan yang diberi kuasa untuk mewakili pemohon dan untuk menerima penyampaian bagi pihaknya; dan
(cc)
alamat tempat perniagaan pemohon di luar Labuan; dan
(iii)
apa-apa maklumat atau dokumen yang dikehendaki oleh Lembaga bagi maksud menentukan permohonan itu.
Permohonan bagi lesen pentadbir dana