Malaysia legislation

Section 47

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI LABUAN 2010

Seksyen 47

Pengurus dana atau pentadbir dana suatu dana awam dan pegawainya hendaklah, dalam menjalankan kuasa dan kewajipan mereka—

(a)

bertindak dengan jujur;

(b)

menggunakan tahap cermat dan wajar sebagaimana yang boleh dijangkakan dengan munasabah pada seseorang dalam jawatan itu;

(c)

bertindak demi kebaikan kepentingan pelabur dalam dana awam dan, jika terdapat percanggahan antara kepentingan pelabur dengan kepentingannya sendiri, memberi keutamaan kepada kepentingan pelabur;

(d)

melayan pelabur yang memegang kepentingan daripada kelas yang sama secara sama rata dan peserta yang memegang kepentingan daripada kelas yang berlainan secara adil;

(e)

tidak menggunakan maklumat yang diperoleh melalui jawatannya sebagai pengurus dana atau pentadbir dana atau pegawainya untuk—

(i)

mendapatkan kelebihan yang tidak patut bagi diri mereka atau orang lain; atau

(ii)

menyebabkan kemudaratan kepada pelabur dalam dana awam;

Undang-Undang Malaysia 72

Akta 704

(f)

memastikan bahawa semua pembayaran daripada harta dana awam itu dibuat mengikut dokumen konstituen dana awam itu, Akta ini dan mana-mana peraturan;

(g)

melaporkan kepada Lembaga, dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas dia sedar akan apa-apa pelanggaran—

(i)

Akta ini dan mana-mana peraturan; atau

(ii)

dokumen konstituen dana awam itu yang menyebabkan, atau berkemungkinan akan menyebabkan, kesan yang memudaratkan secara material pada kepentingan pelabur; dan

(h)

mengambil tindakan berhati-hati yang munasabah untuk membuat dan menyimpan rekod yang mencukupi mengenai semua perkara, transaksi dan urus niaga, termasuk rekod perakaunan.

Kewajipan pengurus dana, pentadbir dana, pemegang amanah atau penjaga dan pengarah di bawah undang-undang yang terpakai

Section 47 — LABUAN FINANCIAL SERVICES AND SECURITIES ACT 2010