Malaysia legislation
Section 49
Seksyen 49
Kewajipan khusus pengurus dana bagi dana awam
(a)
memastikan bahawa suatu perjanjian bertulis dibuat dengan setiap pelanggan sebelum transaksi dijalankan bagi pihak pelanggan;
(b)
memahami objektif pelaburan, arahan, profil risiko dan sekatan pelaburan setiap pelanggan, jika berkenaan, yang hendaklah dinilai semula dan dikemaskinikan sekurang-kurangnya setiap tahun;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 73
(c)
bersikap wajar dan teliti dalam, dan ada asas yang munasabah dan mencukupi bagi, menyediakan dasar pelaburan atau syor pelaburan;
(d)
mendapatkan kelulusan setiap pelanggan mengenai dasar pelaburan atau syor pelaburan sebelum melaksanakannya;
(e)
memberikan maklumat lengkap dan tepat kepada setiap pelanggan supaya dapat membuat keputusan pelaburan yang berdasarkan maklumat apabila meluluskan dasar pelaburan atau syor pelaburan itu;
(f)
mengelakkan apa-apa salah nyataan dalam mana-mana dasar pelaburan atau syor pelaburan; dan
(g)
memastikan bahawa terdapat wang dan harta yang cukup dalam akaun pelanggan untuk menjalankan transaksi.
(2)
Sesuatu perjanjian bertulis yang disebut dalam perenggan (1)(a) hendaklah merangkumi antara lain, perkara yang berikut:
(a)
objektif pelaburan, arahan, profil risiko dan sekatan pelaburan pelanggan;
(b)
pemberitahuan mengenai apa-apa perubahan penting pada dasar pelaburan atau syor pelaburan;
(c)
kaedah dan cara membuat laporan kepada pelanggan;
(d)
pemberikuasaan jelas mengenai pengurusan menurut budi bicara;
(e)
kekerapan laporan bertulis mengenai prestasi dan kajian semula wang atau harta pelanggan yang dibandingkan dengan penanda aras yang sesuai;
(f)
amaun fi dan caj yang kena dibayar oleh pelanggan;
(g)
niat pengurus dana untuk menerima, atau amalan penerimaan, komisen mudah;
(h)
butir-butir mengenai pengaturan penjagaan; dan
(i)
apa-apa perkara lain yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
Undang-Undang Malaysia 74
Akta 704
(3)
Seseorang pengurus dana yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Kewajipan untuk mengasingkan aset pelanggan