Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(2)
Jika seseorang pengarah, pegawai prinsipal atau pegawai amanah, jika berkenaan, tidak lagi menjadi orang yang layak dan sesuai, entiti berlesen itu dan pengarah, pegawai prinsipal atau pegawai amanah itu, jika berkenaan, hendaklah dengan seberapa segera yang munasabah dapat dilaksanakan, memberitahu
Lembaga secara bertulis mengenainya, berserta dengan butir-butir mengenai perubahan itu.
(3)
Dalam menentukan sama ada seseorang ialah orang yang layak dan sesuai di bawah Akta ini, Lembaga bolehlah mengambil kira yang berikut:
(a)
integriti, kecekapan, kebolehan berfikiran dengan bijak dan kedudukan kewangan orang itu;
(b)
sama ada orang itu telah dihukum bankrap, sama ada di Malaysia atau di tempat lain;
(c)
sama ada orang itu telah disabitkan atas suatu kesalahan jenayah di Malaysia atau di tempat lain dan jika penalti yang dikenakan ialah pemenjaraan selama satu tahun atau lebih, sama ada dengan sendirinya atau sebagai tambahan kepada suatu denda; dan
(d)
apa-apa kriteria lain yang dinyatakan dalam garis panduan yang dikeluarkan oleh Lembaga.
(4)
Seseorang hendaklah berkewajipan untuk memberikan notis bertulis kepada Lembaga, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, mengenai apa-apa kejadian material yang boleh dijangkakan dengan munasabah yang akan menjejaskan statusnya sebagai seorang yang layak dan sesuai.
(5)
Jika Lembaga berpuas hati bahawa seseorang tidak layak dan sesuai, Lembaga boleh menghilangkan kelayakan orang itu daripada bertindak atas sifatnya sebagai pengarah, pegawai prinsipal atau pegawai amanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi entiti berlesen.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 29
Perniagaan dalam, dari atau melalui Labuan