Malaysia legislation

Section 50

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI LABUAN 2010

Seksyen 50

(2)

Jika aset pelanggan yang dikehendaki supaya didepositkan ke dalam suatu akaun amanah oleh seksyen ini diterima oleh pengurus dana di suatu tempat di luar Malaysia, pengurus dana itu boleh mendepositkan aset sedemikian ke dalam suatu akaun amanah yang disenggarakannya di tempat itu.

(3)

Akaun amanah yang disebut dalam subseksyen (1) dan (2)

hendaklah sentiasa disimpan berasingan daripada akaun pengurus dana, dan hendaklah ditandakan sedemikian dalam buku pengurus dana berhubungan dengan setiap akaun pelanggan, supaya wang, harta atau balasan berharga lain itu tidak pada bila-bila masa pun menjadi sebahagian daripada atau bercampur dengan aset am pengurus dana, dan semua pelaburan yang dibuat oleh syarikat sebagai pemegang amanah hendaklah ditentukan sedemikian rupa supaya amanah yang berkaitan dengan pelaburan itu dapat dikenal pasti dengan mudah pada bila-bila masa.

(4)

Aset pelanggan yang dipegang dalam suatu akaun amanah tidak boleh digunakan bagi pembayaran hutang pengurus dana atau tidak boleh dibayar atau diambil bagi pelaksanaan di bawah suatu perintah atau proses mahkamah bagi pembayaran hutang pengurus dana.

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 75

(5)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menghapuskan atau menjejaskan apa-apa tuntutan atau lien sah yang dipunyai oleh mana-mana orang terhadap atau ke atas apa-apa aset pelanggan yang dipegang dalam akaun amanah atau terhadap atau ke atas apa-apa aset pelanggan yang diterima bagi pembelian atau daripada penjualan sekuriti sebelum aset itu didepositkan ke dalam akaun amanah.

(6)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Kewajipan pengurus dana dan penjaga atau pemegang amanah untuk bertindak bebas daripada satu sama lain