Malaysia legislation

Section 59

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI LABUAN 2010

Seksyen 59

Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“harta pusaka” ertinya apa-apa harta, sama ada harta tanah atau harta diri, yang dikomitkan kepada pentadbiran atau pengurusan suatu syarikat amanah Labuan sebagai wasi, pentadbir, pemegang amanah, penerima, jawatankuasa, penjaga atau ejen;

“syarikat amanah diurus Labuan” ertinya seseorang yang menjalankan perniagaan syarikat amanah apabila perniagaan itu diuruskan oleh satu lagi syarikat amanah Labuan menurut peruntukan Penggal 3 Bahagian ini;

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 81

“pembuat amanah” ertinya—

(a)

seseorang yang mengadakan harta amanah atau membuat pemberian berwasiat atas amanah atau kepada suatu amanah, tetapi tidak termasuk seseorang yang membuat sumbangan kepada suatu amanah saham dan diperihalkan sedemikian dalam suatu surat cara amanah; dan;

(b)

jika terdapat lebih daripada seorang pembuat amanah yang dinamakan dalam surat cara amanah itu, pembuat amanah yang dinamakan itu mestilah orang berkaitan;

“perniagaan syarikat amanah” ertinya—

(a)

menubuhkan atau menggunakan pejabat pemindahan syer atau pejabat pendaftaran syer;

(b)

mentadbirkan, menguruskan atau selainnya mengurusniagakan harta sebagai ejen, wakil diri di sisi undang-undang atau pemegang amanah, sama ada melalui pekhidmat atau ejen atau selainnya;

(c)

menyenggarakan ejen bagi maksud mencari atau mendapatkan perniagaan, sama ada ejen itu bermastautin secara berterusan di Labuan atau tidak;

(d)

menyenggarakan pejabat, agensi atau cawangan, sama ada pejabat, agensi atau cawangan itu digunakan juga bagi apa-apa maksud oleh suatu entiti lain atau tidak;

(e)

mengadakan—

(i)

perkhidmatan pengurusan dan perakaunan kepada;

atau

(ii)

pengarah, setiausaha dan pejabat berdaftar bagi, syarikat Labuan yang diperbadankan atau didaftarkan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990 dan syarikat Labuan asing yang didaftarkan di bawah Akta itu;

Undang-Undang Malaysia 82

Akta 704

(f)

memperbadankan atau mendaftarkan syarikat di bawah

Akta Syarikat Labuan 1990 dan secara amnya bertindak sebagai ejen penyerahan bagi apa-apa dokumen yang dikehendaki supaya diserahkan oleh sesuatu syarikat atau seseorang di bawah Akta itu; dan

(g)

menyediakan apa-apa perkhidmatan lain yang diluluskan oleh Lembaga dari semasa ke semasa, kepada atau bagi pihak mana-mana orang;

“surat cara amanah” ertinya suatu surat cara bertulis yang melaluinya suatu amanah diwujudkan dan termasuklah suatu akuan amanah satu pihak dan suatu surat cara yang mengubah terma amanah itu.

Lesen dikehendaki untuk menjalankan perniagaan syarikat amanah di Labuan

Section 59 — LABUAN FINANCIAL SERVICES AND SECURITIES ACT 2010