Malaysia legislation
Section 73
Seksyen 73
Bagi maksud Penggal 4—
(a)
suatu “amanah persendirian” ertinya suatu amanah yang setiap benefisiarinya ialah orang berkaitan berhubung dengan pembuat amanah itu;
(b)
seseorang ialah orang berkaitan berkenaan dengan mana-mana perhubungan yang berikut:
(i)
isteri atau suaminya;
(ii)
anak-anaknya dan isteri atau suami mereka;
Undang-Undang Malaysia 90
Akta 704
(iii)
ibu bapanya, termasuk ibu bapa tiri;
(iv)
datuk atau neneknya dan datuk atau nenek isteri atau suaminya;
(v)
ibu bapa mentuanya, termasuk ibu bapa mentua tiri;
(vi)
adik lelaki atau abang, adik lelaki atau abang tirinya, adik perempuan atau kakaknya, adik perempuan atau kakak tirinya dan isteri atau suami mereka;
(vii)
adik lelaki atau abang isteri atau suaminya, adik lelaki atau abang tiri isteri atau suaminya, adik perempuan atau kakak isteri atau suaminya, adik perempuan atau kakak tiri isteri atau suaminya dan isteri atau suami dan anak-anak mereka;
(viii)
adik lelaki atau abang ibu bapanya, adik lelaki atau abang tiri ibu bapanya, adik perempuan atau kakak ibu bapanya, adik perempuan atau kakak tiri ibu bapanya dan isteri atau suami mereka;
(ix)
anak-anak adik lelaki atau abang, adik lelaki atau abang tiri, adik perempuan atau kakak atau adik perempuan atau kakak tiri ibu bapanya, yang ada atau pada masa hadapan, termasuk anak tiri dan isteri atau suami mereka; dan
(x)
anak-anak adik lelaki atau abangnya, adik lelaki atau abang tirinya, adik perempuan atau kakaknya, adik perempuan atau kakak tirinya, yang ada atau pada masa hadapan, termasuk anak tiri dan isteri atau suami mereka;
(c)
bagi mana-mana hubungan yang dinyatakan dalam perenggan (b) yang boleh wujud dengan sepemendaan atau perhubungan sedarah, hubungan sama itu boleh wujud dengan pengangkatan.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 91
Pendaftaran sebagai syarikat amanah persendirian Labuan