Malaysia legislation
Section 86
Seksyen 86
Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“lesen bank” ertinya lesen yang diberikan menurut suatu permohonan di bawah seksyen 88 atau seksyen 89, mengikut kehendak konteks;
“perniagaan kredit bangunan” ertinya perniagaan memberikan apa-apa kemudahan kredit kepada mana-mana orang bagi maksud nyata untuk—
(a)
membeli harta tak alih;
(b)
pembinaan, pembinaan semula atau pengubahsuaian apa-apa bangunan atau struktur lain, bagi maksud kediaman, komersial atau industri;
“wang modal” ertinya modal berbayar dan rizab;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 99
“surat cara terbitan komoditi” termasuklah, setakat yang surat cara itu bukan suatu surat cara kewangan terbitan, komoditi hadapan, komoditi ke hadapan, komoditi swap, komoditi opsyen atau surat cara komoditi lain yang mempunyai ciri yang sama, yang boleh secara munasabahnya diselesaikan dengan wang tunai atau dengan sekuriti atau surat cara terbitan lain;
“kemudahan kredit” ertinya—
(a)
apa-apa pendahuluan, pinjaman atau kemudahan lain dalam apa-apa jua bentuk atau dengan apa-apa jua nama dipanggil, yang dengan pemberiannya orang yang kepadanya pendahuluan, pinjaman atau kemudahan lain itu diberikan mempunyai akses, secara langsung atau tidak langsung, kepada wang orang yang memberikannya; atau
(b)
apa-apa jua liabiliti yang ditanggung bagi pihak mana-mana orang;
“perniagaan tanda kredit” ertinya apa-apa perniagaan yang suatu tanda, iaitu suatu cek, kad, baucar, setem, buku kecil, kupon, borang atau dokumen atau benda lain diberikan atau dikeluarkan kepada seseorang, yang disebut sebagai “pelanggan”, oleh orang yang menjalankan perniagaan itu, yang disebut sebagai “pengeluar”, yang dengannya pengeluar itu mengaku janji—
(a)
bahawa atas pengemukaan tanda itu, sama ada apa-apa tindakan lain juga dikehendaki atau tidak, pengeluar akan membekalkan wang tunai, barangan atau perkhidmatan atas kredit; atau
(b)
bahawa jika, apabila dikemukakan tanda itu kepada pihak ketiga, sama ada apa-apa tindakan lain juga dikehendaki atau tidak, pihak ketiga itu membekalkan wang tunai, barangan atau perkhidmatan, pengeluar itu akan membayar pihak ketiga itu bagi pihak mereka, sama ada dengan memotong apa-apa diskaun atau komisen atau tidak, dan sebagai balasannya pembayaran hendaklah dibuat selepas itu kepada pengeluar oleh pelanggan itu, dan bagi maksud takrif ini, penggunaan sesuatu tanda untuk mengendalikan sesuatu mesin yang disediakan oleh pengeluar atau oleh suatu pihak ketiga hendaklah dikira sebagai pengemukaan tanda itu kepada orang yang menyediakan mesin itu;
Undang-Undang Malaysia 100
Akta 704
“deposit” ertinya suatu jumlah wang yang diterima atau dibayar atas terma—
(a)
yang di bawahnya wang itu akan dibayar balik, dengan atau tanpa bunga atau pada suatu premium atau diskaun;
(b)
yang di bawahnya wang itu boleh dibayar balik, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, dengan apa-apa balasan wang atau yang mempunyai nilai wang, dan pembayaran balik itu yang sama ada atas tuntutan atau pada masa atau dalam hal keadaan yang dipersetujui oleh atau bagi pihak orang yang membuat pembayaran dan orang yang menerimanya, tanpa mengira sama ada transaksi itu diperihalkan sebagai suatu pinjaman, pendahuluan, pelaburan, simpanan, jualan atau jualan dan pembelian semula, tetapi tidaklah termasuk wang yang dibayar secara bona fide—
(A)
melalui pendahuluan atau bayaran sebahagian di bawah suatu kontrak jualan, sewaan atau penyediaan harta atau perkhidmatan lain, dan boleh dibayar balik hanya sekiranya harta atau perkhidmatan itu tidak atau tidak pada hakikatnya dijual, disewakan atau selainnya disediakan;
(B)
melalui jaminan bagi pelaksanaan sesuatu kontrak atau melalui jaminan berkenaan dengan apa-apa kerugian yang mungkin diakibatkan oleh ketidaklaksanaan sesuatu kontrak;
(C)
tanpa menjejaskan perenggan (B), melalui jaminan bagi penghantarserahan atau pemulangan apa-apa harta, sama ada dalam keadaan tertentu atau selainnya; dan
(D)
dalam apa-apa hal keadaan lain, atau kepada atau oleh mana-mana orang lain, sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;
“surat cara kewangan terbitan” ertinya kontrak hadapan, ke hadapan, swap, atau opsyen, atau surat cara kewangan lain yang sama cirinya tetapi tidaklah termasuk—
(a)
semua yang terdapat dalam kunci kira-kira sebagai belum terima dan boleh dibayar, termasuk yang belum terima dan boleh dibayar yang memperoleh nilainya atau secara kontrak menghendaki pengaliran wang daripada
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 101
harga apa-apa sekuriti atau indeks lain, seperti sekuriti bersandarkan gadai janji, obligasi berdasarkan bunga semata-mata dan berdasarkan prinsipal semata-mata, dan surat cara hutang berindeks; dan
(b)
ciri opsyen yang terdapat dalam kunci kira-kira sebagai belum terima dan boleh dibayar, seperti ciri penukaran dan peruntukan panggilan yang terdapat dalam bon boleh tukar;
“surat cara terbitan” ertinya surat cara yang nilainya bergantung pada nilai indeks atau aset sandaran seperti mata wang, sekuriti, komoditi atau surat cara terbitan lain dan termasuklah surat cara kewangan terbitan dan surat cara terbitan komoditi;
“perniagaan pembiayaan pembangunan” ertinya perniagaan menyediakan modal atau kemudahan kredit lain atas terma yang akan menghendakinya digunakan bagi pembangunan industri, pertanian, komersial atau pembangunan ekonomi lain; dan bagi maksud takrif ini, “pembangunan” termasuklah permulaan apa-apa usaha baru industri, pertanian, komersial atau usaha ekonomi lain atau perluasan atau pembaikan apa-apa usaha sedemikian yang sedia ada;
“perniagaan pemfaktoran” ertinya perniagaan memperoleh hutang yang kena dibayar kepada mana-mana orang;
“perniagaan perbankan Labuan” ertinya—
(a)
perniagaan menerima deposit untuk akaun semasa, akaun deposit, akaun simpanan atau apa-apa akaun lain yang ditentukan oleh Lembaga;
(b)
perniagaan perbankan pelaburan Labuan;
(c)
perniagaan kewangan Labuan;
(d)
perniagaan perbankan Islam Labuan;
(e)
apa-apa perniagaan lain yang ditentukan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri, dalam apa-apa mata wang (termasuk ringgit jika dibenarkan oleh
*Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 atau mana-mana undang-undang berkaitan yang lain yang berkuat kuasa);
*CATATAN—Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17] telah dimansuhkan oleh
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013—lihat seksyen 271 dan 272 Akta 758.
Undang-Undang Malaysia 102
Akta 704
“perniagaan kewangan Labuan” ertinya—
(a)
perniagaan kredit bangunan;
(b)
perniagaan tanda kredit;
(c)
perniagaan pembiayaan pembangunan;
(d)
perniagaan pemajakan;
(e)
perniagaan pemfaktoran;
(f)
perniagaan broker wang;
(g)
perniagaan kewangan Islam Labuan; atau
(h)
apa-apa perniagaan lain yang ditentukan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri, dalam apa-apa mata wang (termasuk ringgit jika dibenarkan oleh *Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 atau mana-mana undang-undang berkaitan yang lain yang berkuat kuasa);
“perniagaan perbankan pelaburan Labuan” ertinya—
(a)
perniagaan memberikan kemudahan kredit;
(b)
perniagaan memberikan khidmat perundingan dan nasihat yang berhubungan dengan perkara-perkara korporat dan pelaburan termasuk berurus niaga sekuriti atau pembuatan dan pengurusan pelaburan bagi pihak mana-mana orang;
(c)
perniagaan menjalankan transaksi pertukaran asing, swap kadar faedah, urus niaga surat cara terbitan atau surat cara kewangan terbitan atau mana-mana aktiviti pengurusan risiko serupa itu yang lain;
(d)
perniagaan perbankan pelaburan Islam Labuan;
(e)
perniagaan kewangan Labuan; atau
(f)
apa-apa perniagaan lain yang ditentukan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri, dalam apa-apa mata wang (termasuk ringgit jika dibenarkan oleh *Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 atau mana-mana undang-undang berkaitan yang lain yang berkuat kuasa);
*CATATAN—Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17] telah dimansuhkan oleh
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013—lihat seksyen 271 dan 272 Akta 758.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 103
“perniagaan perbankan Islam Labuan” ertinya perniagaan perbankan Islam yang dijalankan oleh orang yang dilesenkan untuk berbuat demikian di bawah Bahagian VI Akta Perkhidmatan
Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010;
“perniagaan kewangan Islam Labuan” ertinya perniagaan kewangan
Islam yang dijalankan oleh orang yang dilesenkan untuk berbuat demikian di bawah Bahagian VI Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010;
“perniagaan perbankan pelaburan Islam Labuan” ertinya perniagaan perbankan pelaburan Islam yang dijalankan oleh orang yang dilesenkan untuk berbuat demikian di bawah Bahagian VI
Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010;
“perniagaan pemajakan” ertinya perniagaan pemajakan atau pensubpajakan harta atas sewaan bagi maksud penggunaan harta sedemikian oleh penyewa tanpa mengira sama ada pemajakan itu adalah dengan atau tanpa opsyen untuk membeli harta itu, termasuk carter kapal, dan bagi maksud takrif ini, “harta” termasuklah apa-apa loji, mesin, kelengkapan atau barang lain yang terlekap atau akan dilekapkan pada tanah dan “carter kapal” ertinya carter bareboat sahaja dan tidak termasuk pengangkutan penumpang atau kargo melalui laut atau carter kapal dalam pelayaran atau berdasarkan masa;
“bank Malaysia” ertinya bank berlesen sebagaimana yang ditakrifkan dalam *Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372] atau bank Islam sebagaimana yang ditakrifkan dalam **Akta Bank Islam 1983 [Akta 276];
“perniagaan broker wang” ertinya perniagaan pengaturan transaksi antara pembeli dengan penjual dalam pasaran wang atau pertukaran asing sebagai perantara yang fi broker dibayar atau akan dibayar sebagai balasannya, tetapi tidak termasuk pembelian atau penjualan ringgit atau mata wang asing sebagai prinsipal dalam pasaran sedemikian;
*CATATAN—Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372] telah dimansuhkan oleh
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013 —lihat seksyen 271 dan 272 Akta 758.
**CATATAN—Akta Bank Islam 1983 [Akta 276] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 [Akta 759] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013—lihat seksyen 282
dan 283 Akta 759.
Undang-Undang Malaysia 104
Akta 704
“sistem pembayaran” ertinya apa-apa sistem perkiraan bagi pemindahan, penjelasan atau penyelesaian wang atau sekuriti, tetapi tidak termasuk—
(a)
sistem pembayaran yang ditubuhkan atau dikendalikan oleh Bank Negara atau dikendalikan bagi pihak Bank
Negara, di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009
[Akta 701];
(b)
pusat penjelasan yang ditakrifkan di bawah Akta Pasaran
Modal dan Perkhidmatan 2007;
(c)
sistem pembayaran dalaman yang dikendalikan oleh seseorang semata-mata bagi maksud pentadbirannya sendiri yang tidak memindahkan, menjelaskan atau menyelesaikan wang atau sekuriti bagi pihak ketiga; dan
(d)
sistem yang semata-mata memudahkan permulaan arahan pembayaran;
“modal berbayar”, berhubung dengan pemohon di bawah seksyen 88, 89 dan 90 atau pemegang lesen bank, ertinya jumlah wang yang disumbangkan oleh pesertanya untuk ia menjalankan perniagaan tetapi tidak termasuk kemudahan kredit yang diberikan kepadanya oleh pesertanya.
Perniagaan perbankan Labuan, perniagaan perbankan pelaburan
Labuan dan perniagaan kewangan Labuan hendaklah dijalankan hanya di bawah lesen