Malaysia legislation
Section 102
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 102
Seseorang yang kepadanya wang polisi boleh dibayar di bawah seksyen 100 hendaklah menerima wang polisi itu sebagai seorang wasi dan tidak semata-mata sebagai benefisiari dan hendaklah membahagikan wang polisi itu dalam perjalanan pentadbiran yang wajar harta pusaka si mati mengikut terma wasiat si mati, dan jika tiada wasiat sedemikian, mengikut undang-undang yang terpakai bagi pentadbiran, pembahagian dan pemberian harta pusakanya atas kematiannya tanpa wasiat.
Bab ini hendaklah mengatasi polisi dan mana-mana undang-undang bertulis lain