Malaysia legislation

Section 104

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010

Seksyen 104

(2)

Lembaga boleh mengemukakan suatu petisyen untuk penggulungan suatu pengendali takaful Labuan atau perniagaan takaful Labuannya atas alasan ketidakupayaannya menjelaskan apa-apa liabilitinya atau apabila ia menggantung pembayaran kepada pemiutangnya.

(3)

Bagi maksud subseksyen (1) dan (2), mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada kepentingan pemunya polisi, pelanggan lain dan pemiutang pengendali takaful Labuan.

(4)

Dalam apa-apa penggulungan pengendali takaful Labuan, atau apabila pengendali takaful Labuan menjadi tidak solven, hendaklah dibayar daripada aset dalam kumpulan wang takaful atau kumpulan wang lain pengendali takaful Labuan itu mengikut keutamaan sebelum segala liabiliti tidak bercagar lain, liabiliti yang berikut mengikut turutan yang berikut:

(a)

kos dan perbelanjaan penggulungan itu, termasuklah kos pelikuidasi atau penerima;

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 127

(b)

segala upah atau gaji, sama ada atau tidak diperoleh keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai komisen, termasuk apa-apa amaun yang kena dibayar sebagai elaun atau bayaran ganti di bawah apa-apa kontrak pekerjaan atau award atau perjanjian yang mengawal selia syarat-syarat pekerjaan, bagi mana-mana pekerja yang tidak melebihi satu ribu lima ratus ringgit atau yang bersamaan dengannya dalam mata wang asing atau apa-apa amaun atau jenis mata wang yang lain sebagaimana yang ditentukan dari semasa ke semasa berkenaan dengan perkhidmatan yang diberikan olehnya kepada pengendali takaful Labuan itu dalam tempoh empat bulan sebelum bermulanya penggulungan itu;

(c)

segala amaun yang kena dibayar berkenaan dengan pampasan pekerja, di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pampasan pekerja, yang terakru sebelum bermulanya penggulungan itu;

(d)

segala saraan yang kena dibayar kepada mana-mana pekerja berkenaan dengan cuti rehat, atau dalam hal kematiannya kepada mana-mana orang lain yang berhak bagi pihaknya, yang terakru berkenaan dengan apa-apa tempoh sebelum bermulanya penggulungan itu;

(e)

segala amaun yang kena dibayar berkenaan dengan caruman yang kena dibayar dalam masa dua belas bulan sebaik sebelum bermulanya penggulungan oleh pengendali takaful

Labuan sebagai majikan mana-mana orang di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kumpulan wang persaraan atau simpanan pekerja atau di bawah apa-apa skim persaraan atau faedah persaraan yang merupakan suatu skim diluluskan di bawah mana-mana undang-undang persekutuan yang berhubungan dengan cukai pendapatan;

(f)

amaun semua cukai persekutuan yang ditaksirkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebelum tarikh bermulanya penggulungan itu atau yang ditaksirkan pada bila-bila masa sebelum habis tempoh masa yang ditetapkan bagi membuktikan liabiliti;

Undang-Undang Malaysia 128

Akta 705

(g)

segala liabiliti dan perbelanjaan yang boleh dikaitkan dengan perniagaan takaful Labuannya daripada kelas yang baginya kumpulan wang takaful tertentu itu diwujudkan;

dan

(h)

amaun yang dikehendaki untuk membayar apa-apa defisit dalam kumpulan wang takaful lain selepas liabiliti dan perbelanjaan yang boleh dikaitkan dengan perniagaan takaful Labuan daripada kelas yang baginya kumpulan wang takaful tertentu yang disebut dalam perenggan (g)

adalah terpakai telah dijelaskan dengan sepenuhnya.

(5)

Liabiliti dalam setiap kelas yang ditentukan dalam subseksyen (4)

hendaklah berperingkat mengikut susunan yang ditentukan tetapi liabiliti daripada kelas yang sama hendaklah mempunyai peringkat yang sama antara liabiliti itu sendiri, dan hendaklah dibayar dengan penuh, melainkan jika aset dalam kumpulan wang takaful pengendali takaful Labuan itu tidak mencukupi untuk menjelaskannya, yang dalam hal itu liabiliti itu hendaklah dikurangkan mengikut kadar yang sama antara mereka.

(6)

Bagi mengelakkan keraguan, peruntukan yang berhubungan dengan penggulungan sebagaimana terpakai bagi pengendali takaful

Labuan tidak terpakai bagi apa-apa kumpulan wang takaful yang diasingkan menurut seksyen 85 dan yang tidak boleh menjadi sebahagian daripada aset pengendali takaful Labuan.

(7)

Peruntukan seksyen ini hendaklah berkuat kuasa walau apa pun apa-apa jua yang tidak selaras dengannya atau yang berlawanan dengannya dalam mana-mana undang-undang bertulis lain.