Malaysia legislation
Section 10
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 10
(2)
Lembaga boleh, sebagai tambahan kepada anggota yang dilantik menurut subseksyen (1), melantik orang yang tidak memenuhi keperluan sebagai orang yang layak mengenai kelayakan dan kepakaran dalam undang-undang komersial Islam atau jurisprudens Islam tetapi mempunyai pengetahuan atau kepakaran dalam perbankan, kewangan, undang-undang, atau apa-apa disiplin berkaitan yang lain sebagai anggota Majlis
Penyeliaan Syariah.
(3)
Anggota Majlis Penyeliaan Syariah hendaklah dibayar apa-apa saraan dan elaun sebagaimana yang ditentukan oleh
Lembaga daripada kumpulan wang Lembaga.
Rujukan oleh mahkamah atau penimbang tara dalam membuat keputusan