Malaysia legislation

Section 118

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010

Seksyen 118

(a)

organisasi kawal selia sendiri Islam telah gagal untuk memulakan operasi dalam masa tiga bulan selepas suatu perkiraan di bawah Bahagian ini telah dibuat;

(b)

Lembaga tidak berpuas hati bahawa organisasi kawal selia sendiri Islam itu sedang melaksanakan dengan sewajarnya atau boleh melaksanakan fungsi atau kuasa yang diwakilkan kepadanya, atau fungsi dan kuasanya yang lain;

(c)

Lembaga berpuas hati bahawa organisasi kawal selia sendiri Islam telah melakukan pelanggaran material sesuatu perkiraan atau Akta berkaitan atau undang-undang terpakai lain;

(d)

ternyata kepada Lembaga bahawa organisasi kawal selia sendiri Islam itu terlibat dalam jenayah kewangan; atau

(e)

organisasi kawal selia sendiri Islam tidak mematuhi arahan

Lembaga.

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 135

(2)

Lembaga tidak boleh membatalkan sesuatu perisytiharan atau pengiktirafan melainkan jika Lembaga telah memberitahu organisasi kawal selia sendiri Islam itu mengenai niatnya dan sebab bagi tindakan Lembaga itu, dan telah memberi organisasi kawal selia sendiri Islam itu suatu peluang yang munasabah untuk membuat representasi kepada Lembaga.

(3)

Lembaga hendaklah menyebabkan notis pembatalan di bawah subseksyen (1) disiarkan dalam Warta.

Pindaan kepada perlembagaan organisasi kawal selia sendiri

Islam