Malaysia legislation
Section 120
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 120
Perlindungan bagi organisasi kawal selia sendiri Islam
Sesuatu organisasi kawal selia sendiri Islam, pegawai atau pekerja organisasi kawal selia sendiri Islam atau seseorang anggota suatu jawatankuasa suatu organisasi kawal selia sendiri Islam tidak boleh bertanggungan bagi apa-apa kerugian yang dialami oleh atau kerosakan yang disebabkan kepada mana-mana orang hasil daripada apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya dalam pelaksanaan, dengan suci hati, fungsi dan kewajipan mereka berkaitan dengan fungsi pengawalseliaan atau penyeliaan organisasi kawal selia sendiri Islam, termasuk fungsi yang diwakilkan kepadanya oleh Lembaga.