Malaysia legislation

Section 121

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010

Seksyen 121

Penyata kewangan suatu organisasi kawal selia sendiri Islam

(2)

Penyata kewangan itu hendaklah diaudit oleh seorang juruaudit.

(3)

Jika, dalam penjalanan auditnya, juruaudit sesuatu organisasi kawal selia sendiri Islam mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa—

(a)

telah berlaku perubahan bertentangan yang material dalam risiko yang terdapat dalam perniagaan sesuatu organisasi kawal selia sendiri Islam itu yang berpotensi untuk menjejaskan keupayaan organisasi kawal selia sendiri

Islam itu sebagai suatu usaha berterusan;

(b)

organisasi kawal selia sendiri Islam itu mungkin telah melanggar Akta ini, apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Lembaga atau apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Lembaga;

(c)

suatu jenayah kewangan telah, sedang atau mungkin dilakukan; atau

(d)

ketidakteraturan serius telah berlaku, dia hendaklah dengan serta-merta melaporkan perkara itu secara bertulis kepada Lembaga.

(4)

Apa-apa laporan yang dibuat di bawah subseksyen (3) tidak menjadi pelanggaran kewajipan juruaudit.

Kuasa Lembaga berkenaan dengan organisasi kawal selia sendiri Islam