Malaysia legislation
Section 123
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 123
(2)
Lembaga hendaklah, selepas menimbangkan rayuan di bawah subseksyen (1), membuat suatu keputusan muktamad dan hendaklah memberitahu pemohon secara bertulis tentang keputusannya.
(3)
Seseorang pemohon yang terkilan dengan keputusan
Lembaga di bawah subseksyen (2), boleh dalam masa tiga puluh hari dari hari keputusan itu diberitahu kepadanya, merayu kepada
Menteri secara bertulis yang boleh mengesahkan, mengubah atau mengakaskan keputusan itu, dan keputusan Menteri adalah muktamad.
(4)
Bagi mengelakkan keraguan, suatu rayuan yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan (3), tidak menggantung keputusan yang rayuan sedang dibuat terhadapnya.
Pembatalan keizinan, lesen atau pendaftaran