Malaysia legislation
Section 124
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 124
(a)
atas permintaan entiti berlesen;
(b)
jika entiti berlesen—
(i)
telah terhenti daripada menjalankan perniagaan dalam atau dari dalam Labuan;
Undang-Undang Malaysia 138
Akta 705
(ii)
telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau apa-apa terma, syarat, sekatan atau batasan yang disertakan bersama-sama dengan lesen atau pendaftaran, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(iii)
Lembaga telah, sama ada berkaitan dengan permohonan bagi mendapatkan lesen atau pendaftaran, atau pada bila-bila masa selepas pemberian lesen atau pendaftaran, diberikan maklumat, dokumen atau akuan yang palsu atau mengelirukan oleh atau bagi pihak entiti berlesen;
(iv)
telah dipertuduh atau disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau kesalahan jenayah dalam mana-mana negara atau bidang kuasa yang diiktiraf;
(v)
telah dengan diketahuinya dan dengan sengaja memberikan maklumat yang palsu, mengelirukan atau tidak tepat atau tidak mendedahkan maklumat yang dikehendaki di bawah Akta ini;
(vi)
menjalankan perniagaan mengikut cara yang
Lembaga dengan semunasabahnya mempercayai akan memudaratkan kepentingan awam;
(vii)
diisytiharkan bankrap atau telah digulung atau selainnya dibubarkan;
(viii)
suatu resolusi bagi penggulungan entiti berlesen secara sukarela telah diluluskan;
(ix)
berhubung dengan pemegang lesen bank Islam atau pemegang lesen takaful, apa-apa jaminan atau aku janji yang disebut dalam seksyen 63,
64, 78 dan 79 yang belum dilunaskan; atau
(x)
bagi apa-apa sebab lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga mengikut budi bicaranya.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 139
Tatacara pembatalan