Malaysia legislation

Section 126

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010

Seksyen 126

(2)

Mana-mana pemegang lesen bank Islam atau pemegang lesen takaful yang berniat untuk menyerahkan balik lesennya hendaklah mendapatkan kelulusan Lembaga terlebih dahulu.

Undang-Undang Malaysia 140

Akta 705

(3)

Lembaga hendaklah memberikan kelulusannya jika ia berpuas hati bahawa pemegang lesen bank Islam atau pemegang lesen takaful itu telah membuat peruntukan yang mencukupi berkenaan dengan semua liabilitinya, dan selepas itu hendaklah menetapkan suatu tarikh yang penyerahan balik itu akan berkuat kuasa.

(4)

Jika kelulusan Lembaga telah diperoleh di bawah subseksyen (3), pemegang lesen bank Islam atau pemegang lesen takaful hendaklah, tidak lewat daripada dua puluh satu hari sebelum tarikh yang ditetapkan di bawah subseksyen (3), menyiarkan suatu iklan tentang penyerahan balik lesennya yang dicadangkan itu dalam sekurang-kurangnya satu akhbar Malaysia yang diedarkan secara meluas di Malaysia dan satu akhbar kewangan antarabangsa.

(5)

Lembaga boleh, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, menyiarkan dalam satu akhbar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dan satu akhbar kewangan antarabangsa suatu notis bagi tiap-tiap penyerahan balik lesen di bawah seksyen ini tetapi apa-apa kelengahan dalam menyiarkan notis itu atau kegagalan untuk menyiarkan notis itu tidaklah dengan apa-apa cara menyentuh kesahan penyerahan balik itu.

(6)

Mana-mana pemegang lesen bank Islam atau pemegang lesen takaful yang diberikan lesen di bawah Akta ini hendaklah menyerahkan balik lesennya dengan memberikan notis empat belas hari kepada Lembaga sebelum penyerahan balik itu.

Akibat pembatalan dan penyerahan balik lesen