Malaysia legislation

Section 128

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010

Seksyen 128

(2)

Keseluruhan atau mana-mana bahagian perniagaan seseorang pemindah boleh dipindahkan kepada penerima pindahan jika pemindahan itu dikuatkuasakan melalui suatu skim di bawah seksyen ini.

(3)

Suatu skim di bawah seksyen ini tidak boleh membuat peruntukan bagi perniagaan pemindah dipindahkan kepada seseorang yang belum dilesenkan untuk menjalankan perniagaan itu di bawah

Akta ini atau yang belum lagi wujud kecuali apabila diperuntukkan dengan nyata dalam skim itu bahawa skim itu hendaklah mula berkuat kuasa hanya apabila orang itu dilesenkan.

(4)

Sesuatu skim di bawah seksyen ini boleh termasuk peruntukan bagi perkara yang bersampingan dengan pemindahan yang dilaksanakan dan peruntukan bagi memberi kuat kuasa kepada pemindahan itu, dan khususnya boleh termasuk peruntukan bagi—

(a)

apa-apa harta, hak atau liabiliti pemindahan itu, terletak hak, menurut kuasa skim itu dan tanpa jaminan selanjutnya pada penerima pindahan;

(b)

dalam hal pemindahan suatu perniagaan takaful, pendaftaran polisi yang dipindahkan oleh penerima pindahan, bagi amaun yang hendak dimasukkan berkenaan dengan polisi itu ke dalam kumpulan wang takaful yang dikendalikan oleh penerima pindahan dan bagi perkara lain yang berbangkit di bawah Akta ini daripada pemindahan itu;

Undang-Undang Malaysia 142

Akta 705

(c)

penerusan oleh atau terhadap penerima pindahan, apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai atau terhadap pemindah itu;

(d)

pembubaran tanpa penggulungan, pemindah itu; atau

(e)

apa-apa perkara yang bersampingan, berbangkit dan tambahan yang perlu untuk memastikan bahawa skim itu dijalankan dengan sepenuhnya dan berkesan.

(5)

Sesuatu skim di bawah seksyen ini tidak mempunyai kuat kuasa melainkan jika skim itu diluluskan terlebih dahulu oleh

Lembaga dan kemudiannya disahkan oleh Mahkamah.

(6)

Peruntukan yang berikut hendaklah terpakai berkenaan dengan tiap-tiap skim—

(a)

pemindah hendaklah mengemukakan kepada Lembaga suatu salinan skim itu berserta dengan salinan laporan, jika ada, yang menyatakan terma skim itu;

(b)

setiap pihak kepada skim itu hendaklah, tidak lewat daripada satu bulan selepas suatu salinan skim itu dikemukakan kepada Lembaga, menyebabkan supaya disiarkan dalam tidak kurang daripada dua akhbar harian yang diluluskan oleh Lembaga suatu notis yang mengandungi apa-apa butir yang dinyatakan, mengenai niat untuk membuat permohonan kepada Mahkamah bagi pengesahan skim itu; dan

(c)

setiap pihak kepada skim itu hendaklah, bagi tempoh lima belas hari selepas penyiaran notis yang disebut dalam perenggan (b), menyimpan suatu salinan skim itu di pejabatnya di Labuan dan salinan itu hendaklah terbuka untuk pemeriksaan oleh semua anggotanya dan pemunya polisi yang terjejas oleh skim itu.

(7)

Sebagai tambahan kepada subseksyen (6), berkenaan dengan skim pemindahan perniagaan takaful, peruntukan yang berikut hendaklah terpakai:

(a)

laporan aktuari, jika ada, hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan salinan skim itu;

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 143

(b)

pemindah hendaklah mengemukakan kepada Lembaga suatu laporan yang mencukupi untuk menyatakan pendapat aktuari mengenai kesan yang mungkin bagi skim itu ke atas pemunya polisi pihak-pihak kepada skim itu berkenaan dengan apa-apa pemindahan perniagaan takaful keluarga;

(c)

setiap pihak kepada skim itu hendaklah memberikan suatu salinan laporan yang disebut dalam perenggan (b)

kepada mana-mana orang yang memohon salinan itu pada bila-bila masa sebelum Mahkamah mengesahkan skim itu; dan

(d)

Lembaga boleh menyebabkan suatu laporan mengenai skim itu dibuat oleh seorang aktuari yang bebas daripada pihak-pihak kepada skim itu dan, jika Lembaga berbuat demikian, hendaklah menyebabkan suatu salinan laporan itu dihantar kepada setiap pihak.

(8)

Salinan apa-apa skim dan laporan sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (6) dan (7), atau ringkasannya yang diluluskan oleh Lembaga, hendaklah, kecuali setakat yang Mahkamah atas permohonan yang dibuat bagi maksud itu mengarahkan selainnya, dihantar oleh setiap pihak kepada skim itu kepada setiap pemunya polisi yang terjejas oleh skim itu.

(9)

Pihak-pihak kepada skim itu hendaklah bertanggungan secara bersesama dan berasingan untuk membayar balik Lembaga apa-apa kos atau perbelanjaan yang dilakukan oleh Lembaga di bawah seksyen ini berkaitan dengan skim itu; dan skim itu hendaklah mengandungi peruntukan tentang bagaimana liabiliti itu kena ditanggung antara pihak-pihak itu:

Dengan syarat bahawa jika Mahkamah telah membuat apa-apa perintah tentang kos, kos yang hendak dibayar balik kepada Lembaga tidak boleh melebihi amaun yang ditentukan dalam perintah itu.

(10)

Lembaga boleh meluluskan atau menolak sesuatu skim.

(11)

Selepas sesuatu skim telah diluluskan oleh Lembaga di bawah subseksyen (10), suatu permohonan boleh dibuat kepada

Mahkamah secara bersesama dengan cara saman pemula ex parte

Undang-Undang Malaysia 144

Akta 705

oleh pihak-pihak kepada skim itu bagi perintah Mahkamah untuk mengesahkan skim yang diluluskan itu dan untuk memudahkan atau membolehkan skim itu diberi kuat kuasa.

(12)

Sesuatu permohonan kepada Mahkamah berkenaan dengan mana-mana perkara yang berkaitan dengan sesuatu skim boleh, pada bila-bila masa sebelum pengesahan skim itu oleh Mahkamah, dibuat oleh Lembaga atau oleh mana-mana orang yang pada pendapat Mahkamah berkemungkinan terjejas oleh skim itu.

(13)

Mahkamah boleh mengesahkan sesuatu skim dengan atau tanpa ubah suaian atau boleh enggan mengesahkan skim itu.

(14)

Sesuatu skim yang telah disahkan oleh Mahkamah di bawah subseksyen (13) hendaklah mempunyai kuat kuasa mengikut maksudnya walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen yang terdahulu Akta ini dan hendaklah mengikat mana-mana orang yang terjejas olehnya.

(15)

Apabila skim itu disahkan, setiap pihak kepada skim itu hendaklah, melainkan jika pihak itu suatu syarikat yang tidak diperbadankan, memfailkan suatu salinan skim itu dengan Lembaga dan dengan pihak berkuasa pengawalseliaan di negara tempat ia ditubuhkan atau berasal.

(16)

Penerima pindahan hendaklah, dalam masa satu bulan selepas skim itu mula berkuat kuasa, menyerah simpan dengan

Lembaga—

(a)

penyata mengenai aset dan liabiliti setiap pihak kepada skim itu, setakat pada masa sebaik sebelum pemindahan itu, yang ditandatangani bagi pihak itu;

(b)

suatu salinan skim itu sebagaimana yang disahkan oleh

Mahkamah dan suatu salinan termeterai perintah Mahkamah yang mengesahkan skim itu; dan

(c)

suatu akuan yang dibuat oleh pengerusi lembaga pengarah penerima pindahan, atau oleh pegawai prinsipalnya di

Labuan, yang menyatakan sepenuhnya tiap-tiap pembayaran yang dibuat atau akan dibuat kepada mana-mana orang oleh sebab pemindahan itu, dan yang menyatakan bahawa, sepanjang yang dipercayainya, tiada pembayaran lain selain pembayaran yang dinyatakan sedemikian telah, atau akan dibuat, oleh sebab pemindahan itu oleh atau dengan pengetahuan pihak-pihak kepada skim itu.

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 145

(17)

Pemindah hendaklah menyerah simpan, dalam masa tiga puluh hari dari perintah Mahkamah itu dibuat di bawah subseksyen (11), suatu salinan perintah itu yang disahkan bersama-sama dengan suatu salinan skim yang diluluskan oleh

Lembaga di bawah subseksyen (10), dengan pihak berkuasa yang berkenaan, jika ada, berkenaan dengan pendaftaran atau perekodan urus niaga dalam apa-apa harta alih atau kepentingan dalam harta alih yang dipindahkan menurut perintah itu.

(18)

Jika suatu perintah Mahkamah di bawah subseksyen (11)

meletakhakkan apa-apa tanah beri hakmilik, atau apa-apa syer atau kepentingan mengenai tanah beri hakmilik, pada penerima pindahan—

(a)

Mahkamah hendaklah, jika tanah beri hakmilik itu berada di Semenanjung Malaysia, menurut subseksyen 420(2)

*Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965] menyebabkan suatu salinan perintah itu disampaikan kepada Pendaftar

Hakmilik atau Pentadbir Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebaik selepas pembuatan perintah itu supaya Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah mengikut mana-mana yang berkenaan, melaksanakan subseksyen 420(2), (3) dan (4) *Kanun Tanah Negara;

(b)

jika tanah beri hakmilik itu berada di Sabah, penerima pindah hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan selepas perintah itu dibuat, mengemukakan suatu salinan perintah yang telah disahkan kepada Pendaftar bagi pendaftaran peletakhakan tanah beri hakmilik itu atau bahagian atau kepentingan mengenai tanah beri hakmilik itu kepada penerima pindahan itu sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Ordinan Tanah Sabah [Sabah Bab 68]; atau

(c)

jika tanah beri hakmilik itu berada di Sarawak, penerima pindah hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan selepas perintah itu dibuat, mengemukakan suatu salinan perintah yang telah disahkan kepada Pendaftar bagi pendaftaran peletakhakan tanah beri hakmilik atau pendaftaran bahagian atau kepentingan mengenai tanah beri hakmilik itu sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 171 Kanun Tanah Sarawak

[Sarawak Bab 81].

*CATATAN—Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965] telah disemak dan dinamakan sebagai Kanun

Tanah Negara [Akta 828] yang mula berkuat kuasa pada 15 Oktober 2020.

Undang-Undang Malaysia 146

Akta 705

(19)

Sesuatu perintah Mahkamah di bawah subseksyen (1)

boleh berkaitan dengan apa-apa harta atau perniagaan pemindah di luar Malaysia dan, jika ia benar-benar berkaitan, kuat kuasa boleh diberikan kepadanya sama ada mengikut apa-apa perkiraan bersaling yang berhubungan dengan penguatkuasaan penghakiman yang wujud antara Malaysia dengan negara lain, wilayah atau tempat di luar Malaysia yang dalamnya harta atau perniagaan itu atau jika tiada, perkiraan sedemikian mengikut undang-undang yang terpakai di negara, wilayah atau tempat itu.

(20)

Dalam seksyen ini, “pihak-pihak kepada skim” ertinya pemindah dan penerima pindahan dan “pihak-pihak kepada sesuatu skim” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.

Kehendak pelesenan tambahan bagi pemegang lesen bank

Islam dan pemegang lesen takaful

Section 128 — LABUAN ISLAMIC FINANCIAL SERVICES AND SECURITIES ACT 2010