Malaysia legislation

Section 129

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010

Seksyen 129

Lembaga tidak boleh meluluskan sesuatu permohonan bagi mendapatkan lesen perbankan Islam atau takaful oleh mana-mana pemohon di bawah Akta ini melainkan jika ia berpuas hati bahawa—

(a)

matlamat dan operasi perniagaan yang pemohon itu berhasrat untuk menjalankan tidak akan melibatkan apa-apa elemen yang tidak mematuhi prinsip Syariah; dan

(b)

terdapat, dalam perkara persatuan pemohon itu, peruntukan bagi penubuhan lembaga penasihat Syariah dalaman untuk menasihati pemohon itu tentang operasi perniagaannya untuk memastikan bahawa pengoperasiannya tidak melibatkan apa-apa elemen yang tidak mematuhi prinsip

Syariah.

Penubuhan lembaga penasihat Syariah dalaman bagi pemegang lesen sekuriti Islam dan pengurus dana

Section 129 — LABUAN ISLAMIC FINANCIAL SERVICES AND SECURITIES ACT 2010