Malaysia legislation
Section 12
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 12
Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“syarikat peminjam” ertinya sesuatu syarikat Labuan yang berada atau akan berada di bawah suatu liabiliti, sama ada atau tidak liabiliti itu pada masa sekarang atau masa hadapan, untuk membayar atau membayar balik apa-apa wang yang diterima atau akan diterima olehnya sebagai sambutan kepada suatu tawaran yang dibuat menurut Bab ini untuk memohon beli atau membeli
Sukuk syarikat itu;
“syarikat penjamin”, berhubung dengan syarikat peminjam, ertinya mana-mana perbadanan yang telah menjamin, atau telah bersetuju untuk menjamin, pembayaran atau pembayaran balik apa-apa wang yang diterima atau akan diterima oleh syarikat peminjam sebagai sambutan kepada suatu tawaran yang dibuat di bawah Bab ini untuk memohon beli atau membeli Sukuk syarikat peminjam itu;
“penaja”, berhubung dengan prospektus yang dikeluarkan oleh atau berkaitan dengan sesuatu syarikat Labuan, ertinya penaja syarikat itu yang menjadi pihak dalam penyediaan prospektus atau mana-mana bahagiannya yang berkaitan, tetapi tidaklah termasuk mana-mana orang yang semata-mata bertindak atas sifat profesionalnya atau atas sifatnya sebagai penasihat;
(a)
apa-apa Sukuk yang dinyatakan pada mukanya sebagai suatu Sukuk bercagar; dan
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 33
(b)
apa-apa Sukuk yang diterbitkan atas terma yang memberi pemegang Sukuk itu hak dan kuasa untuk mengundi dan menuntut suatu pengundian berkenaan dengan perniagaan dan pengusahaan syarikat, sama ada sebagai tambahan kepada hak anggota syarikat atau sebagai ganti hak itu.
Tawaran atau pelawaan yang menghendaki kelulusan Lembaga