Malaysia legislation
Section 131
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 131
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 147
(2)
Pekongsi bagi perkongsian terhad Islam Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Islam Labuan di bawah Akta ini hendaklah melantik seseorang yang berkelayakan sebagai penasihat
Syariah, atau berunding dengan seseorang yang berkelayakan, yang hendaklah menasihati perkongsian terhad Islam Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Islam Labuan tentang pengurusan dan operasi perkongsian terhad Islam Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Islam dan memastikan pematuhan prinsip Syariah.
(3)
Pegawai yayasan Islam Labuan di bawah Akta ini hendaklah melantik orang yang berkelayakan sebagai penasihat Syariah, atau berunding dengan orang yang berkelayakan, yang hendaklah menasihati yayasan Islam Labuan tentang pengurusan dan operasi yayasan Islam Labuan dan memastikan pematuhan prinsip Syariah.
(4)
Walau apa pun subseksyen (1), (2) dan (3), Lembaga hendaklah mempunyai kuasa pada bila-bila masa selepas apa-apa pelantikan seseorang penasihat Syariah dalamnya, menghendaki mana-mana amanah Labuan Islam, perkongsian terhad Islam Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Islam Labuan atau yayasan Islam
Labuan, melalui pemberitahuan secara bertulis, untuk menggantikan penasihat Syariah dengan orang berkelayakan yang lain hingga memuaskan hati Lembaga.
Undang-Undang Malaysia 148
Akta 705
(5)
Walau apa pun subseksyen (1), (2) dan (3), Lembaga boleh menentukan bahawa penasihat Syariah suatu amanah Islam Labuan, perkongsian terhad Islam Labuan, perkongsian liabiliti terhad
Islam Labuan atau yayasan Islam Labuan untuk menjalankan suatu kajian semula pematuhan Syariah dalaman bagi perniagaan dan operasi amanah Islam Labuan, perkongsian terhad Islam Labuan, perkongsian liabiliti terhad Islam Labuan atau yayasan Islam
Labuan.
Kajian semula pematuhan Syariah dalaman